Akaun Premium Rapidshare...!!!

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Jika anda seorang kaki download atau muat turun, pasti anda pernah mendengar mengenai Rapidshare. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai cara mendapatkan akaun premium Rapidshare di Malaysia. Cara ini adalah sah dan anda perlu membayar untuk mendapatkannya. Saya rasa kelebihan akaun premium Rapidshare telah pun anda semua tahu dan bagi saya memang berbaloi untuk anda dapatkannya jika anda mempunyai sambungan internet yang tetap dan agak laju.

Saya sendiri telah mencubanya dan servis yang diberikan oleh DirectAccount.net boleh dikatakan tiada masalah dan berjalan secara lancar. Untuk pengetahuan anda, saya telah pun membeli satu akaun premium Rapidshare semalam dan setakat ini saya berpuas hati dengan servisnya. Response Time pihak DirectAccount.net adalah amat singkat dan saya boleh menggunakan akaun premium Rapidshare kurang sejam dari tempoh saya transfer duit menggunakan Maybank2u kepada mereka.

CARA-CARA UNTUK MENDAPATKAN AKAUN PREMIUM RAPIDSHARE



1. Anda perlu register di laman web DirectAccount.net Klik Sini atau banner di atas.


  • masukkan segala maklumat yang diminta seperti yang ditunjukkan dalam screenshot yang diberi.
2. Tekan 'SUBMIT' dan tunggu e-mel dari pihak DirectAccount.net

3. Selepas anda mendapat 'Welcome E-mail' seperti di atas, sila login menggunakan username dan password yang diberi.

4. Anda akan dapat lihat 'Member Area' seperti di screenshot jika username dan password yang anda masukkan adalah betul.
5. Kemudian, sila klik pada 'Topup e-Wallet' di menu sebelah kiri dan anda akan dapat lihat screenshot seperti yang tertera di bawah.

6. Pilih salah satu jumlah di 'drop-down list' pastikan jumlah itu mencukupi untuk pakej yang anda inginkan. Jumlah minima topup ialah RM10.00 dan maksima ialah RM100.00.
Senarai Harga Pakej Rapidshare - DirectAccount.net
  • 3 hari = RM24.00
  • 1 bulan = RM35.00
  • 3 bulan = RM85.00
  • 6 bulan = RM155.00
  • 12 bulan = RM280.00
7. Anda akan mendapat E-mel seperti ini dan sila transfer duit menggunakan Maybank2u ke akaun yang telah diberikan. Jangan lupa untuk meletakkan alamat e-mel 'sales@directaccount.net' di bahagian '3rd Party E-mail Adress' seperti di screenshot yang disertakan.

8. Dalam tempoh kurang dari 30 minit, anda akan terima e-mel seperti yang tertera menyatakan bahawa 'Topup e-Wallet' anda telah pun berjaya dilakukan.
9. Kemudian anda perlu kembali ke laman web DirectAccount.net dan klik pada link 'Order Premium Account'. Sila pilih Rapidshare dan pilih pakej yang anda inginkan mengikut senarai yang telah saya berikan (sila rujuk Langkah 6) dan pastikan anda mempunyai jumlah e-Wallet yang mencukupi.
10. Anda akan mendapat E-mel 'Direct Account - Order Information' dan anda hanya perlu tunggu e-mel susulan iaitu 'Direct Account Order Rapidshare - COMPLETED'. Tempoh Response Time adalah kurang dari 24 jam tetapi saya saya sendiri mendapat e-mel ini kurang dari 20 minit.

11. Sila buka laman web 'Rapidshare - Premium Zone' dan tukar 'Login Alias' dan password yang telah diberi bagi mengelakkan akaun anda dicuri atau digunakan oleh orang lain. Jangan lupa untuk tukar e-mel kepada e-mel anda sendiri terlebih dahulu dan sila aktifkan 'Security-Lock' bagi tujuan sekuriti.

Segala maklumat yang saya berikan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Semua screenshot yang dipaparkan adalah dari e-mel atau akaun saya sendiri.

Hasnul Azizi

3 comments:

awa said...

eh,,..bgusla awk neh..informatv

Anonymous said...

3 hari = RM24? Mahal gak tu.

Hasnul Azizi said...

jGnLaa beLi yanG 3 haRi...

beLi yaNg sebuLan ke...

muRah cKet...