Perbarisan Diraja KTD Intake 72...!!!

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada 24 Januari yang lepas, saya telah diarahkan untuk menonton Istiadat Perbarisan Diraja Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek Ke-72 Kolej Tentera Darat di Kem Sungai Besi berhampiran UPNM. Jadi saya ingin bercerita atau berkongsi pengalaman sedikit tentang apa yang berlaku di sana.

Setelah hampir 2 minggu Kadet KTD berkampung di UPNM, akhirnya tibalah masa untuk mereka semua ditauliahkan. Mereka sudah pun menamatkan pengajian mereka dengan mendapat diploma dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Setelah berjaya menamatkan latihan selama hampir 18 bulan, mereka semua ditauliahkan dengan pangkat Leftenan dan mereka akan dihantar untuk berkhidmat di unit masing-masing.

BEKAS PELAJAR MRSM TRANSKRIAN

Nama bekas pelajar MRSM Transkrian seperti yang ditunjukkan

Kali ini yang menyebabkan saya ingin menonton perbarisan ini adalah disebabkan terdapatnya seorang bekas pelajar MRSM Transkrian yang turut ditauliahkan. Dia yang dimaksudkan ialah Kamarul Zaman dari Batch 03/04 kalau tak salah saya dan dahulunya dia digelar 'Yassin'. Dia bakal dihantar untuk berkhidmat di Rejimen Renjer Diraja (RRD). Tahniah saya ucapkan dan saya harap dia akan dapat terus berjuang mempertahankan tanah air tercinta ini.

DATANG AWAL

Kami sudah pun berbaris seawal 0600H untuk sarapan pagi dan terus solat Subuh di mess. Kemudian kami bertolak ke padang kawad yang saya rasa baru sahaja digunakan beberapa kali . Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan hanya berjalan kaki. Keadaan pada mulanya tenang berikutan lancarnya pergerakan penonton yang terdiri dari Putera MTD, Peg Kadet UPNM, Staff 1 RAMD dan keluarga kadet KTD yang bakal ditauliahkan.

Kelihatan para RSM sedang khusyuk memerhatikan perbarisan

Para ahli keluarga yang sedang mengambil gambar kadet KTD

Saya dan Amirul Faris (Atok)

Pada awalnya kami semua dapat duduk di tempat masing-masing. tetapi setelah keluarga kadet KTD yang semakin ramai datang menjelang 0800H, sedikit demi sedikit penonton terpaksa berganjak ke belakang bagi memberikan ruang kepada para ahli keluarga yang baru datang. Dan saya juga terpaksa beralah dan berdiri sepanjang perbarisan dijalankan.

Majlis berakhir kira-kira jam 1030H dan kami para tetamu dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan di mess berhampiran. Ketika kami menikmati jamuan ringan, YDP Agong sedang memberikan Watikah Tauliah di Dewan Tun Templer, MTD. Dan YDP Agong berangkat semula ke Istana kira-kira jam 1230H. Selepas itu baru saya dibenarkan balik untuk cuti Tahun Baru Cina yang lepas.

Hasnul Azizi

6 comments:

zoe sawyer said...

hye hasnul..
lame tk jumpe..
thx for viewing my blog..
:)
i'll be ur follower after this..
:)

military?
cool!!
seres ni
goodluck bro~

btw,kamarul zaman yg mane ek?
x igt la

:)
salam

anna said...

cmane ek nk apply KTD

Anonymous said...

HI!
Buy Cialis Online Buy Propecia Online Buy Levitra Online Buy Viagra Online Buy Acomplia Online Buy Lasix Online
[URL=http://discountsrxpills.com]Viagra Online[/URL] http://drugstorerx.medsjoy.biz/viagra.htm buy viagra online http://drugstorerx.medsjoy.biz buy viagra

Anonymous said...

интересная мысль и информация! черт возьми:) [url=http://loadfilex.ru/sitemap.xml ] скачать ява игры рус рыбалка 2.3 на мобилу сенсор [/url] скачать фильм гладиатор через торрент
[url=http://fileloadnow.ru/sitemap.xml ] скачать rar fly mx230 [/url]
http://videolifex.ru/sitemap.xml

скачать фотошоп для новичков

http://skachkafile.ru/sitemap.xml

скачать игры на телефон для k700i

http://videosilko.ru/sitemap.xml

скачать обои хендэ

Anonymous said...

Amazon launched two new Kindle e-readers priced at $139 and $189 late Wednesday, with the cheaper version a Wi-Fi-only e-reader and $10 less than the Wi-Fi-only Nook.
[url=http://www.computerworld.com/s/article/9179853/Amazon_launches_two_new_Kindles_one_with_Wi_Fi_only]ComputerWorld[/url]
http://www.computerworld.com/

Anonymous said...

Или может кто знает где можно взять бизнес план.Частным детективам у нас в стране позволено не более, чем остальным смертным.
[url=http://camronv3morse.nm.ru/zadachi-i-reshenie-po-programme-1s-buhgalteriya.html]Задачи и решение по программе 1с бухгалтерия[/url][url=http://camronv3morse.nm.ru/kniga-tochki-otkritiya-i-zakritiya-sdelok-na-rinke-foreks-forex.html]Книга точки открытия и закрытия сделок на рынке форекс forex[/url][url=http://eppiew4sar.nm.ru/ekonomicheskiy-analiz-biznes-plana-reklamnogo-agenstva.html]Экономический анализ бизнес плана рекламного агенства[/url][url=http://melidafmubynon.nm.ru/biznes-plan-doshkolnogo-obrazovatelnogo-uchrejdeniya.html]Бизнес план дошкольного образовательного учреждения[/url][url=http://orinda8hpdouse.nm.ru/biznes-plana-avto-moyka.html]Бизнес плана авто мойка[/url][url=http://lavernefnwaamod.nm.ru/biznes-plan-gazetnogo-kioska.html]Бизнес план газетного киоска[/url][url=http://orinda8hpdouse.nm.ru/kursovaya-prostoy-biznes-plan-pekarni.html]Курсовая простой бизнес план пекарни[/url][url=http://cordell4ckpeggs.nm.ru/kak-vesti-uchet-faktoringa-v-1s-torgovlya.html]Как вести учет факторинга в 1с торговля[/url][url=http://melidafmubynon.nm.ru/biznesplan-dlya-predprinimatelstva.html]Бизнес-план для предпринимательства[/url][url=http://caroleenvmyren.nm.ru/biznes-plan-maloe-predprinimatelstvo.html]Бизнес план малое предпринимательство[/url]