Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 H...!!!

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

MALAM SINAR MAULIDUR RASUL 1430 H


Pada 28 hb Februari 2009 akan diadakan satu konsert yang dinamakan Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 H di Stadium Malawati, Shah Alam.

Antara artis yang bakal memeriahkan malam tersebut ialah Rabbani, Amy Search, Datuk Hjh. Siti Nurhaliza, Mawi, Akhil Hayy & Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah.

Pada hari tersebut, pelbagai acara lain bakal diadakan di perkarangan stadium sendiri. Karnival akan bermula di sekitar jam 10.00 pagi manakala konsert atau Malam Sinar Maulidur Rasul akan bermula sekitar jam 08.30 malam.

TIKET MASUK

Anda hanya perlu membeli satu kad ITalk Edisi Khas yang bernilai RM10.00 sehingga RM50.00 saya rasa dan anda dapat melihat konsert pada malam tersebut secara percuma. Anda boleh dapatkan sendiri di TMPoint terpilih. Antara TMPoint yang yang anda boleh kunjungi adalah TMPoint di Kajang, Serdang, Muzium Telekom, Menara KL, Setapak, Ampang, Kepong, Rawang, Shah Alam, Damansara Utama, Petaling Jaya, dan Pandan Indah. Kemungkinan besar anda juga boleh dapatkan ITalk Edisi Khas ini di booth TM sekitar perkarangan stadium ketika karnival berlangsung.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melihat sendiri semua artis yang tersenarai di atas secara lebih dekat dan menikmati alunan muzik kerohanian yang bakal didendangkan oleh para artis jemputan.

IN-VOICES


Rabbani Production turut menjayakan satu lagi pertandingan nasyid bersempena dengan Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 H ini. Dan kumpulan In-Voices dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) turut tidak ketinggalan untuk menyertainya.

Lagu yang bakal dibawa pada pertandingan tersebut adalah lagu Remembering You beserta intro dan outro. Di bawah ada saya sertakan lirik lagu tersebut untuk dihayati bersama.

Remembering You

From the darkness
You came to our life with love
From the distance
You came to us with faith
Bring true love
Showing the way our life
To award a beautiful future in Islam

Remembering you…
From the day you were born
In the Quran
Showing that you are the only one
Bring the light to our soul

Bringing the faith of the world
Showing the right way to everyone

So now we bring a little faith just for you
Remembering you because of your truth
You show us the right way
Saying Allah there for you
You bring the changes of the world

Kali ini In-Voices adalah gabungan dari generasi pertama dan kedua. Ini berikutan jumlah maksimum perserta pada kali ini adalah seramai 15 orang dan kami mengambil keputusan untuk menambah bilangan vokalis. Jadi jangan lupa untuk mendoakan kejayaan In-Voices pada kali ini. Walaupun pertandingan ini adalah dalam kategori terbuka, kami akan berusaha untuk mempersembahkan persembahan yang terbaik dari kami sendiri walaupun terdapat pelbagai halangan semasa menjalani latihan.

SEMOGA BERJAYA IN-VOICES...!!!


Hasnul Azizi

3 comments:

Zamil Afiq Zulkifli said...

wah.. seronok la hang pa..
dpt kuar dan jumpe2 artis..

gReEn Hand UniTed said...

cm best je
nk dgr lgu 2

Hasnul Azizi said...

nNt kaLu jmPer sY nyanyikan uTk awK ek haWa...

heHe...