-nEtPoSt-

| iT's aLL aBoUt mY PoiNt oF viEw...!! |

  • Home
  • News
    • Berita Harian
    • Sinar Harian
    • Utusan Online
    • Kosmo Online
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Power Bank Yang Original (Versi Pembeli)


Contoh powerbank tiruan yang cepat rosak...

1. Power Bank Tiruan menggunakan bateri murah. Jadi jangka hayat Power Bank tersebut pun singkat. Sebab itu waranti pun singkat. Jadi jangan terkejut kalau lepas 2-3 bulan pakai dah tak boleh nak pakai lagi.

 
2. Power Bank Tiruan tidak mendapat pengesahan keselamatan. Tiada kawalan kualiti dari badan berwajib. Anda nak jimat RM50++, anda mungkin rugi RM1000++ jika iPhone / iPad / Tab anda rosak akibat charge guna Power Bank tiruan. 

Promosi Powerbank PINENG PN 968 di Manjung Powerbank...!!
 3. Power Bank Tiruan berpontensi besar merosakkan gadget anda. Papan Litar Power Bank Tiruan tidak berkualiti. Mungkin tiada penebat arus. Boleh akibatkan arus berlebihan mengalir ke dalam gadget anda.

4. Kadang-kadang kapasiti yang dinyatakan tidak tepat. Beli 11000mAh, tetapi dapat 5000mAh. Anda tiada cara untuk buktikan kalau bukan pakar.



Promosi Powerbank PINENG PN999 di Manjung Powerbank!!!
5. Anda akan pening kepala melayan kerenah Power Bank Tiruan. Susah anda nak claim warranti sebab mana ada kilang tiruan nak mengaku dia yang bertanggungjawab buat power bank tiruan. Jadi kepada siapa anda ingin mengadu? Pekedai / Penjual selalu bagi waranti paling lama 1 bulan untuk 1 to 1 exchange dengan mereka. Selepas tempoh tersebut, pembeli perlu rujuk pengilang Power Bank Tiruan tersebut sendiri atau kena tanggung kos sendiri pulangkan ke China untuk tukar baru.

Jika anda ingin membeli powerbank PINENG yang 100% ORIGINAL, bolehlah hubungi kami di 
Manjung Powerbank

Like kami di Manjung Powerbank !!!

FREE DELIVERY!! 


1
Share
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Keratan Akhbar KOSMO...

Alhamdulillah, setelah hampir 4 tahun di UPNM akhirnya saya dianugerahkan segulung ijazah. Walaupun Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) saya tidaklah begitu memberansangkan, ianya cukup bermakna dan melambangkan apa yang saya usahakan selama ini. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Keselamatan Komputer). Walaupun sekadar Ijazah Kelas Kedua Rendah, ianya tetap amat berharga.

Bersama Abah dan Umi...

Terima Kasih Atas Dorongan... :-)

Pada tarikh 03 Oktober 2011, Istiadat Konvokesyen Ke-2 UPNM Sidang Kedua telah berjaya disempurnakan oleh Pro-Canselor UPNM. Berbeza jika dibandingkan dengan sesi Sidang Pertama yang disempurnakan oleh Canselor UPNM iaitu DYMM SPB Yang Dipertuan Agong sendiri pada 02 Oktober 2011 iaitu sehari sebelumnya.

Perjuangan Belum Berakhir...

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya selama ini terutamanya ibu bapa saya sendiri, para pensyarah, kekasih hati, serta rakan-rakan yang amat saya sayangi. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua. Terima kasih juga kepada penaja sepanjang pembelajaran saya di UPNM selama ini iaitu Kementerian Pertahanan. InsyaAllah akan saya taburkan bakti saya seikhlas mungkin semasa saya berkhidmat dalam pasukan TLDM tidak lama lagi.


0
Share
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Assalamualaikum semua. Nampaknya sesi akademik untuk semester ini bakal berakhir tidak lama lagi. Jadi diharap semuanya berjalan lancar dan segalanya berlaku seperti yang diharapkan. Baru pagi ini saya terbaca sebuah artikel yang direncanakan di portal Berita Harian Online iaitu mengenai ujian memandu menggunakan transmisi automatik. Saya pasti ramai yang suka dengan berita ini terutamanya kaum muda yang masih lagi belum mengambil ujian memandu kelas D.

Klik untuk berita mengenai Ujian Memandu Guna Transmisi Automatik.




Lesen Memandu

Teringat kembali semasa menjalani sesi pembelajaran dan latihan memandu di salah sebuah pusat latihan memandu yang bertauliah di sekitar Ipoh. Pelbagai kenangan manis dan pahit yang terjadi dan tidak mungkin akan saya lupakan. Sejurus selepas pulang dari menjalani latihan Khidmat Negara di Kem Terkok, Sg. Siput (U), saya terus mendaftarkan diri untuk belajar memandu kereta dan motosikal. Malangnya untuk lesen kelas B2 sudah penuh pada minggu tersebut. Jadi saya terus mendaftar untuk lesen kelas D.

Minggu pertama kelas berjalan dengan lancar walaupun pernah sekali dua enjin kereta mati semasa berhenti di lampu isyarat yang berbukit. Saya rasa semua orang pernah mengalaminya bukan..?? Pernah juga sekali dua kereta yang saya naiki terasa seperti kuda yang berlari terhenjut-henjut. Kelakar juga apabila mengenangkan semula semua kenangan semasa mangambil lesen dahulu.

Latihan Memandu

Setelah sampai di minggu yang terakhir, jurulatih memandu saya turut yakin saya mampu lulus dengan jayanya sehinggakan beliau boleh tertidur semasa saya memandu. Amat kelakar apabila terlihat orang yang selama ini selalu menegur dan sentiasa bersedia dengan kaki kanannya untuk menekan brek kecemasan di sebelah tempat duduknya boleh tertidur. Dia berkata saya sudah bersedia dan menyuruh saya menghafal laluan yang bakal diuji nanti.

Tiba pada hari ujian dengan pihak JPJ, ujian pertama merupakan ujian 'parking'. Amat mudah kerana sudah selalu dilakukan sebelum ini. Ujian kedua, ujian bukit. Rasa gementar pada mulanya tetapi setelah berjaya amatlah lega rasanya. Sampailah pada ujian ketiga iaitu ujian jalan raya. Amat gementar sehinggakan lupa untuk memakai tali pinggang keselamatan pada mulanya. Nasib baik pegawai penguji menegur saya. Jadi bermulalah sesi ujian jalan raya. Semuanya berjalan lancar sehinggalah tiba di suatu simpang yang memisahkan antara Laluan A dan Laluan C. Saya diberitahu untuk menggunakan Laluan C pada mulanya tetapi saya telah tersalah membelok ke Laluan A.


Perasaan Gementar Semasa Ujian

Terasa amat takut dan berdebar apabila sudah tersalah laluan. Satu persatu undang-undang jalan raya saya langgar. Membelok tanpa memberikan isyarat, memandu tanpa melihat cermin pandang tepi, dan yang paling teruk adalah membelok sehingga memakan jalan sebelah. Jadi setelah saya melakukan kesalahan-kesalahan tersebut, pegawai penguji itu memberikan isyarat untuk menukar pemandu. Ini bermakna saya telah gagal dalam unian tersebut.

Pengalaman seperti di atas mungkin tidak akan dapat dirasakan oleh orang yang mengambil lesen menggunakan transmisi automatik. Mereka tidak perlu lagi takut dengan bukit dan lampu isyarat. Dan jika ianya dilaksanakan, maka ujian bukit tidak lagi relevan kerana pemandu hanya perlu mengawal pedal minyak sahaja. Yang penting, tiada lagi igauan ngeri untuk menghadapi ujian memandu selepas ini.

0
Share
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Assalamualaikum semua. Sesi Latihan Industri yang saya jalani telah pun selesai dengan jayanya. Selama tempoh hampir 6 bulan, saya telah pelajari pelbagai ilmu yang penting dalam menjamin kehidupan saya pada masa akan datang. InsyaAllah. Sekembalinya saya ke universiti bagi menjalani semester akhir, saya perlu menghabiskan baki jam kredit yang perlu diselesaikan. Semester ini, saya mengambil sebanyak 24 kredit keseluruhannya. Berikut merupakan pecahan jam kredit untuk semester ini:

Final Year Project - 6 kredit
Digital Forensic - 3 kredit
Network IDS - 3 kredit
Wireless Network - 3 kredit
Military Law - 2 kredit
Miltary Training - 2 kredit
Martial Arts (TTS) - 2 kredit

Jumlah = 24 kredit
Selepas habisnya sesi semester ini, saya telah dijadualkan untuk mengambil sijil Computer Hacking Forensic Investigator (CHFI) melalui EC-Council. Jika saya lulus dalam sijil ini, ianya merupakan satu bonus untuk saya mengharungi alam pekerjaan tak lama lagi.

PILIHANRAYA UMUM 201x...??


Baru-baru ini saya telah pun mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Anda bila lagi?? Untuk mendaftar sebagai pengundi, anda boleh mendaftar melalui kaunter-kaunter yang dibuka sekitar pasaraya tempat-tempat awam yang ada kaunter SPR. Selain itu, anda juga boleh mendaftar di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara. Anda hanya bawa kad pengenalan sahaja dan berikan butir-butir peribadi kepada kakitangan pejabat pos yang berurusan dengan anda.

Tempoh kerajaan sedia ada memerintah sudah semakin hampir tempoh matangnya. Jadi ini memberikan seribu persoalan mengenai bilakah Pilihan Raya Umum (PRU) yang seterusnya akan dilaksanakan..?? Mungkin tahun hadapan..?? 2013..?? 2014..?? Tiada siapa pun yang dapat memberi kepastian. Jadi bersedialah untuk menghadapi PRU yang ke-13 akan datang...

PILIHANRAYA KAMPUS


Baru-baru ini juga telah dijalankan Pilihan Raya Kampus bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru bagi sesi 2011/2012. Agak mengejutkan buat pertama kalinya berlaku konspirasi dalam ruang lingkup pilihan raya kampus di IPTA & IPTS negara kita. Seperti yang dapat kita lihat, terdapat kes-kes yang jarang sekali kita dengari iaitu berlakunya politik kotor dalam pilihan raya peringkat kampus. Antara yang paling gempar adalah di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Untuk berita lebih lanjut serta petikan akhbar mengenai pilihanraya kampus di UM, sila klik di sini....
Berlainan sungguh dengan suasana pilihan raya kampus di UPNM. Kempen diadakan secara sederhana sahaja dan tiada kempen-kempen jalanan diadakan apatah lagi rusuhan. Tidak mungkin akan berlaku di UPNM saya rasa. Hanya calon dari Pro-Aspirasi sahaja yang bertanding dan tiada calon dari Pro-Mahasiswa. Sesi pembuangan undi juga dijalankan dengan suasana yang sederhana seperti hari-hari biasa. Keputusan pemilihan MPP di UPNM setakat ini masih lagi belum saya ketahui sehingga hari ini.


0
Share
Older Posts Home

Time (Malaysia)

Popular Posts

  • Exam Week - Follow Up 2
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Now only two paper left after facing three really-hard-subject for me. System Analysis & Design, Disc...
  • Myself : My First Post…!!!
    Inilah post pertama untuk ‘ netsourceware.blogspot.com ’. Untuk makluman para pembaca, blog ini dibina untuk tatapan semua terutamanya membe...
  • 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Power Bank Yang Original (Versi Pembeli)
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Power Bank Yang Original (Versi Pembeli) Contoh powerbank tiruan ...
  • Logo Alumni MRSM Transkrian
    posted by Hasnul Azizi ( -nEtPoSt- ) Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Selain dari sibuk mengemaskini blog ini, saya juga perlu m...
  • Radio Online : HotFM
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Tahun 2008 telah pun berlalu dan bermulalah tahun 2009. Adak...
  • Merentas Desa Inter-Company 2009
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Pada 13 Jun 2009 bersamaan dengan semalam telah diadakan satu lagi acara tahunan buat UPNM iaitu Pertandi...
  • Ujian Memandu Transmisi Automatik
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Assalamualaikum semua. Nampaknya sesi akademik untuk semester ini bakal berakhir tidak lama lagi. Jadi di...
  • Radio Online : FungkurFM
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPosT-) PENGENALAN Kali ini saya ingin perkenalkan satu lagi radio yang hanya dapat kita capai melalui capaian in...
  • Malang Tak Berbau....!!!
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Kali ini saya ingin tunaikan janji saya kepada beberapa orang yang telah pun tahu berkenaan situasi saya ...
  • Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 H...!!!
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) MALAM SINAR MAULIDUR RASUL 1430 H Pada 28 hb Februari 2009 akan diadakan satu konsert yang dinamakan Mal...
Copyright © 2015 -nEtPoSt-

Created By ThemeXpose