Merentas Desa Inter-Company 2009

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Pada 13 Jun 2009 bersamaan dengan semalam telah diadakan satu lagi acara tahunan buat UPNM iaitu Pertandingan Merentas Desa Inter-COY 2009. Penyertaan bagi pertandingan ini adalah wajib bagi semua pegawai kadet UPNM kecuali mereka yang terlibat dengan urusetia pertandingan ini sahaja. Pertandingan kali ini dianjurkan oleh Intake 2008 iaitu pelajar tahun 1 bermula semester baru pada bulan Julai nanti.



Trek untuk pertandingan kali ini adalah melalui hutan kawasan Kem Sg Besi yang bermula dari Bukit Sri Kinabalu dan seterusnya keluar mengikut kawasan Maktab Tentera Diraja. Jarak trek merentas desa kali ini dianggarkan kira-kira 6 km dan mempunyai 3 checkpoint untuk dilalui oleh para peserta bagi mendapatkan getah penanda bagi menunjukkan mereka tidak mengikuti 'short-cut' dalam pertandingan ini.



Pertandingan bermula kira-kira jam 0845 H dan berakhir dalam lingkungan 1030 H. Acara pelepasan dimulakan dengan Intake 2009 dan kemudian diikuti dengan Intake 2008. Selang 15 minit Intake 2007 dan diikuti dengan Intake 2006 pula dilepaskan. Dan akhir sekali senior Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) pula dilepaskan. Acara pelepasan disempurnakan oleh YBhg. Lt. Kol. Abd Aziz selaku Pegawai Pemerintah Akademi Latihan Ketenteraan UPNM.

Sejurus selepas semua peserta telah pun sampai ke garisan penamat, acara penyampaian hadiah terus dimulakan. Kebanyakan kategori individu didahului para atlet Triathlon UPNM dan untuk pertandingan kali in hanya kategori berkumpulan sahaja yang ada disediakan hadiah oleh penganjur. Bagi Intake 2009, keseluruhan dimenangi oleh kompeni Charlie. Manakala bagi Intake 2008, juga kompeni Charlie. Bagi Intake 2007, 2006 dan LKTA kesemuanya dimenangi kompeni Alpha. Dan catatan masa terbaik mengikut Intake dimenangi oleh Intake 2008. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Saya telah berjaya mencatatkan masa 41 minit 15 saat bagi acara kali ini...

Bagi saya ianya tidak begitu memuaskan dan perlukan lebih lagi latihan...

Target seterusnya adalah Pertandingan Merentas Desa Inter-Batalion yang bakal diadakan tidak lama lagi...

Semoga Batalion Lekir akan berjaya di pertandingan itu kelak...

InsyaAllah...

Hasnul Azizi

8 comments:

nifi a.k.a beliamuda said...

agak2 la, berapa km?

izansalleh® said...

hidup hasnulll!!!
aku hebat gak long distance nieh..
kalo dulu kat sekolah dapat la no 10 kebawah...hik3~

-->aku nampak hanif hamidi!!

annur razali said...

your timing pretty much dikiwe hebat bagee saye si pemalas belari, hurm, tahneah will be an oerstatement but who cares anyway, hahah, tahneah, :)

Zatiesiska Abdul Rahman said...

wah ok la tuh huhu...

Hasnul Azizi said...

to beliamuda>
kan aKu da gTau kt ctu...
Lbey kuRang 6km...

to miss izan>
ye ke...
neWay wish dPt lumBe Lari nGan ko suaTU aRi nnt...
tGk saPe yg mNang...
haHa...

Hasnul Azizi said...

to annur razali>
tHanx neWay...

to zatiesiska abdul rahman>
haHa... bLeyLaa thN weYh...

zuzenn said...

wah.kagum.kagum.hebatt ko lari.
ak lari pon xreti,jalan hbt ah.
huu

Hasnul Azizi said...

to gAdes~>
haHa.. kaLu cmTu jom aR Lumbe jaLan... hua4...