-nEtPoSt-

| iT's aLL aBoUt mY PoiNt oF viEw...!! |

  • Home
  • News
    • Berita Harian
    • Sinar Harian
    • Utusan Online
    • Kosmo Online
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Alhamdulillah, tidak lama lagi sesi Latihan Industri yang sedang saya jalani akan berakhir. Semoga dengan berakhirnya sesi Latihan Industri kali ini, pelbagai perkara baik yang dapat saya pelajari dan aplikasikan semasa dalam sesi latihan berikutnya di UPNM nanti.

Ingin saya bercerita tentang kenderaan. Kenderaan merupakan satu keperluan dan amat penting apabila berada di dalam dunia pekerjaan. Tanpa kenderaan, kita umpama orang buta yang kehilangan tongkatnya. Saya pernah pergi ke tempat kerja dengan hanya menaiki LRT sahaja setiap hari tetapi setelah sebulan, saya mula sedari bahawa kos yang diperlukan adalah amat tinggi. Berikut perkiraan kos perjalanan saya menaiki RapidKL LRT dari Stesen Bdr. Tasek Selatan ke LRT Damai:
LRT BTS > LRT Masjid Jamek : RM 1.70
LRT Masjid Jamek > LRT Damai : RM 1.60
___________________________________________________
Jumlah (Pergi Balik) : RM 3.30 x 2 >> RM 6.60 sehari...
___________________________________________________

Jika didarabkan dengan 5 hari bekerja seminggu, dalam sebulan kosnya adalah seperti berikut:

(RM 6.60 x 5) x 4 minggu >> RM 132.00 sebulan...*

*Itupun jika saya tidak menaiki teksi dari LRT BTS >> Rumah & LRT Damai >> MinDEF
Jadi ingin dijadikan cerita, untuk memudahkan pergerakan ke sana sini, saya telah mengambil inisiatif untuk mencari kenderaan alternatif. Dan pilihan saya adalah kereta sendiri. Itu adalah yang terbaik. Jadi mulalah sesi pencarian kenderaan dan maka saya pun berjumpalah dengan Savvy biru. Saya tidak ingin berkongsi mengenai harga tetapi hanya ingin berkongsi mengenai pengalaman memandunya.

Kos Bahan Api Kereta >> RM 30.00 seminggu
Sebulan >> RM 120.00...

Dibahagikan pula dengan beberapa penumpang : RM 40.00 sebulan...
Perjalanan pergi merupakan cabaran pertama saya. Jika saya bertolak dari Sg. Besi seawal 6.40 pagi, maka saya akan sampai di pejabat dalam 7.00 pagi. Hanya 20 minit diperlukan untuk sampai. Tetapi jika saya bertolak pada 7.00 pagi, maka saya akan sampai pada 7.45 pagi atau lebih lambat. Ianya bergantung kepada kadar kesesakan jalan raya.

Jalan Tun Abd. Razak

Tidak kurang hebatnya juga perjalanan pulang dari pejabat. Biasanya saya akan bertolak dari pejabat lebih kurang jam 5.15 petang. Jika saya mengikut Jalan Tun Abdul Razak, perjalanan pulang saya akan mengambil masa selama 1 jam setengah. Jika saya ikut Lebuhraya MRR2, perjalanan pulang saya hanya mengambil masa selama 30 minit.

Lebuhraya MRR2

Kini saya sudah mula berjinak-jinak dalam dunia kelab pemilik Savvy (SAVOC). Di dalam forum SAVOC saya mula bergiat aktif bagi mendapatkan info terkini mengenai harga alat ganti dan pelbagai pengetahuan yang tidak dapat dipelajari di luar. SAVOC merupakan antara komuniti pemilik kenderaan yang masih aktif jika nak dibandingkan dengan kelab-kelab lain. Jadi saya amat berbangga dengan penyertaan saya.

Savvy Owner Club (SAVOC)

Jadi hanya setakat ini sahaja apa yang saya ingin luahkan. Kepada yang sudi membaca, saya ucapkan ribuan terima kasih dan komen amatlah dialu-alukan. Sekian sahaja dari saya dan Savvy saya, semoga berjumpa lagi.



2
Share
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Selamat Berpuasa Buat Semua Umat Islam...!!

Assalamualaikum semua. Kini sudah hampir seminggu kita menempuh bulan Ramadhan yang penuh berkat. Tentunya anda semua sedang berusaha meningkatkan jumlah amalan dan menjauhi maksiat. Antara amalan yang selalu dikaitkan dengan bulan Ramadhan ialah seperti puasa, zakat fitrah, solat sunat tarawih, dan pelbagai lagi. Kesemua amalan ini hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja melainkan puasa sunat yang boleh dilaksanakan pada bulan yang lain.

PUASA

Puasa Mengajar Kita Mengenai Penderitaan Orang Yang Kurang Berkemampuan

Puasa boleh diertikan dengan menahan lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sadiq (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (ufuk merah kelihatan di langit; maghrib). Selalunya kita akan berhenti makan sahur pada waktu imsak. Untuk pengetahuan anda, waktu imsak adalah waktu untuk kita berjaga-jaga kerana waktu subuh sudah hampir tiba. Kalau dalam permainan bolasepak, ianya boleh diertikan seperti Penalty Shootout.

Rukun puasa ada tiga iaitu:
  1. Orang yang berpuasa
  2. Niat
  3. Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa
Untuk huraian yang lebih lanjut mengenai perkara-perkara yang membatalkan dan tidak membatalkan puasa, sila layari laman web Ustaz Zaharuddin yang bakal membawa anda menyelusuri medan ilmu mengenai puasa secara lebih mandalam.

ZAKAT

Zakat Fitrah Adalah Fardhu Kepada Yang Mampu

Amalan zakat fitrah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Antara syarat yang mewajibkan seseorang itu berzakat adalah:
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari akhir Ramadhan
  4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
Berikut saya kepilkan senarai kadar zakat yang terkini untuk tahun 2010 di Malaysia mengikut negeri:

Senarai Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri

SUMBER

  1. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - http://www.jais.gov.my/ramadhan/rukunpuasa.php
  2. Ustaz Zaharuddin - http://www.zaharuddin.net/content/view/595/72/
  3. Lembaga Zakat Selangor -http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/pengertian zakat fitrah.asp
Sekian sahaja artikel saya kali ini. Untuk rujukan yang lebih mendalam, sila rujuk di pautan sumber di atas.

3
Share
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Assalamualaikum semua dan salam kembali berblog untuk saya sendiri. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa sudah lama saya tidak update blog saya ini. Saya sendiri terkejut sudah 6 bulan berlalu tanpa sebarang post untuk blog ini. Rindu juga untuk post dan kemudian jawab ulasan dari para pembaca.

Kini saya sedang menjalani sesi Latihan Industri (LI) di Cawangan ICT, Markas Tentera Laut. Sesi LI saya berlangsung selama kurang lebih 6 bulan bermula 05 Julai 2010 sehingga 02 Disember 2010. Semasa sesi latihan, saya telah diarahkan untuk duduk di luar UPNM berikutan memudahkan pergerakan ke tempat latihan. Jadi sesiapa yang rasa ingin mengajak saya keluar atau berjalan-jalan semasa hujung minggu bolehlah berbuat demikian.


Sebelum bercerita lebih lanjut, saya ingin berkongsi sesuatu. Pada 02 Julai yang lalu, saya telah mengambil satu peperiksaan sijil yang diberi nama Certified Ethical Hacker (CEHv6). Ianya telah dilangsungkan di Makmal Komputer UPNM bermula jam 0845 H sehingga 1245 H. Keputusannya boleh diketahui sebaik sahaja saya menekan butang submit dan Alhamdulillah, saya telah lulus dengan jayanya.

Keputusan Peperiksaan CEHv6

Saya juga akan kembali aktif untuk mempromosikan kegiatan atau aktiviti terkini yang melibatkan Youthsays berikutan saya sekarang menginap di luar kawasan UPNM. Jadi saya akan cuba melibatkan diri dengan lebih banyak aktiviti yang mampu meningkatkan tahap sosial saya. Akan saya cuba manfaatkan tempoh masa 6 bulan yang diberikan bukan sahaja untuk menyelesaikan sesi LI dan menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM), tetapi juga untuk berjumpa semula rakan-rakan lama yang berada di sekitar Lembah Klang.


Jadi selama saya berada di Mk TL IT, saya rasa banyak yang saya ingin kongsikan bersama dengan anda semua. Tak kiralah apa pun yang saya ingin kongsikan, akan saya cuba rajinkan diri post di blog saya ini. Setakat ini sahaja post saya kali ini. Semoga bertemu lagi di lain masa.

Sekian, wassalam.

5
Share
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)



10 jari disusun dan seribu kemaafan saya pinta kepada anda semua kerana sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Kepada yang masih setia menanti post terbaru dari saya, ribuan terima kasih saya ucapkan. Kini saya kembali lagi dan semoga kali ini saya akan lebih istiqamah dalam bidang penulisan blog ini.

Semester Baru

Seperti biasa, bermulanya semester baru pasti diiringi dengan cita-cita atau azam yang baru. Ianya berikutan prestasi yang dicatatkan pada semester sebelumnya. Sama ada ianya elok atau tidak, "Tepuk dada, tanyalah selera". Purata Nilai Gred (PNG) yang telah saya catatkan bagi semester 3 tidaklah seberapa. Pastinya saya perlu lebih meningkatkan lagi usaha bagi memastikan saya dapat menerima segulung ijazah yang berkualiti suatu hari nanti. Semester yang lepas saya telah berjaya melangsaikan hutang kredit sebanyak 3 kredit. Pada semester ini saya perlu menyelesaikan lagi 3 kredit untuk membolehkan saya menjalani Program Latihan Industri atau dengan nama lain praktikal mulai bulan Julai 2010.
Di bawah saya sertakan senarai subjek yang saya ambil bagi semester 4 ini:
  • BASIC OF ENTREPRENEURSHIP
  • OBJECT-ORIENTED PROGRAMMING
  • OPERATIONAL RESEARCH
  • OPERATING SYSTEM
  • COMPUTER GRAPHIC & MULTIMEDIA
  • SOFTWARE ENGINEERING
  • CRYPTOGRAPHY
  • ETHICAL HACKER
Jadi, kesimpulannya jumlah kredit yang saya ambil pada semester ini sahaja ialah sebanyak 23 kredit tidak termasuk kredit untuk Latihan Ketenteraan Umum (LKU). Doakanlah kejayaan saya pada semester ini untuk menempuh alam penuh dengan kerja kursus dan projek yang seakan-akan Projek Sarjana Muda (PSM).

Tahun Baru



Saya rasa masih lagi belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 kepada semua bloggers dan reader yang sudi singgah di blog saya yang tidak seberapa ini. Tahun 2010 saya harap dapat memberi pelbagai kesan positif dalam proses kita belajar menghadapi kehidupan seharian.

Harapan Baru, Azam Baru

Seperti biasalah, asal datang sahaja tahun baru tak habis-habis orang sebut tentang azam baru. Ianya sudah menjadi "trend" atau norma masyarakat pada masa kini. Sedangkan azam sepatutnya bukan kita lakukan setahun sekali. Sepatutnya setiap malam sebelum kita tidur kita perlu muhasabah diri kita sendiri mengenai perlakuan atau apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita.

Ingin saya petik bait lagu dari sebuah lagu nasyid yang berjudul Menuju Wawasan yang pernah didendangkan oleh kumpulan Suara Firdaus. Cuba hayati setiap mesej yang cuba diterapkan dalam setiap bait lirik lagu tersebut yang mengungkit kembali kegemilangan zaman pemerintahan para khalifah suatu masa dahulu. Jika ingin dibandingkan dengan sistem pemerintahan zaman sekarang saya rasa umpama langit dengan bumi. Tetapi pada pendapat saya, walau bagaimanapun sistem pemerintahan dijalankan, selagi ianya masih mengikuti asas-asas Islam dan tidak melampauinya sudah cukup baik.

Suara Firdaus - Menuju Wawasan

Umat Islam Harus Cemerlang
Hari Ini Mesti Lebih Baik
Dari Semalam


Jangan Buang Masa
Siapa Kata Kita Tidak Boleh
Kita Ada Allah Maha Kuasa
Kita Punya Kuasa Tenaga
Doa Sebagai Senjata
Umat Islam Sentiasa Boleh

Umat Islam Zaman Lampau
Taat Perintah Rasulullah
Bersama Berusaha
Bersatu Tuju Wawasan
Dunia Dan Akhirat
Wawasan Dunia Dan Akhirat
Akhirnya Islam Cemerlang Seluruh Dunia

Wawasan Diri
Penuhi Dada Dengan Ilmu
Wawasan Agama
Bekalan Masa Depan Dan Akhirat
Kuat Usaha Jujur Dan Amanah
Sentiasa Berharap Keredhaan Allah

Aqidah Ibadah Harus Sempurna
Ibadah Tanpa Aqidah Wawasan Syaitan
Ulama' Warisan 'Anbiya
Pegangan Mereka Harus Diikut
Ajaran Sesat Wajib Hindari
Nampaknya sudah panjang berjela saya menaip artikel kali ini. Baisalah, sudah hampir 2 bulan saya tidak post artikel di sini. Jadi maafkan saya sekali lagi jika saya ada tersalah kata atau tulis yang mungkin menyebabkan sesetengah pihak terasa atau marah. Bersama-samalah kita membantu Malaysia dalam mencapai aspirasi Perdana Menteri kita yang baru iaitu konsep 1Malaysia. Akan saya cuba rangkumkan serba sedikit mengenai 1Malaysia dalam post saya yang berikutnya.

Jadi sekian sahaja buat kali ini. Wassalam.

0
Share
Newer Posts Older Posts Home

Time (Malaysia)

Popular Posts

  • Myself : My First Post…!!!
    Inilah post pertama untuk ‘ netsourceware.blogspot.com ’. Untuk makluman para pembaca, blog ini dibina untuk tatapan semua terutamanya membe...
  • Exam Week - Follow Up 2
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Now only two paper left after facing three really-hard-subject for me. System Analysis & Design, Disc...
  • Logo Alumni MRSM Transkrian
    posted by Hasnul Azizi ( -nEtPoSt- ) Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Selain dari sibuk mengemaskini blog ini, saya juga perlu m...
  • Tagged By Annur Razali
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) AnnuR RazaLi ( Noe ) Kali ini saya ditag sekali lagi tetapi yang berbeza adalah ianya 'silent tag...
  • Malang Tak Berbau....!!!
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Kali ini saya ingin tunaikan janji saya kepada beberapa orang yang telah pun tahu berkenaan situasi saya ...
  • Merentas Desa Inter-Company 2009
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Pada 13 Jun 2009 bersamaan dengan semalam telah diadakan satu lagi acara tahunan buat UPNM iaitu Pertandi...
  • 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Power Bank Yang Original (Versi Pembeli)
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Power Bank Yang Original (Versi Pembeli) Contoh powerbank tiruan ...
  • Perbarisan Diraja KTD Intake 72...!!!
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada 24 Januari yang lepas, saya telah diarahkan untuk menon...
  • Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 H...!!!
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) MALAM SINAR MAULIDUR RASUL 1430 H Pada 28 hb Februari 2009 akan diadakan satu konsert yang dinamakan Mal...
  • My First Car...
    posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Alhamdulillah, tidak lama lagi sesi Latihan Industri yang sedang saya jalani akan berakhir. Semoga dengan...
Copyright © 2015 -nEtPoSt-

Created By ThemeXpose