Kartun Malaysia : Upin & Ipin...

posted by Hasnul Azizi ( -nEtPoSt-)

Hmm... Memang menarik. Idea kartun Upin dan Ipin memang betul2 mencuit hati tak kira yang tua atau muda. Sedangkan keluarga saya pun memang betul2 minat dengan kartun ni.

Kartun ni disiarkan di channel TV9 dan disiarkan bersempena bulan Ramadhan. Setiap episod kartun ini diterbitkan lebih kurang 5 minit. Kartun ini diterbitkan oleh LES' COPAQUE Production Sdn. Bhd. dan mengisahkan tentang perjalanan hidup sepasang kanak2 kembar yang berumur 5 tahun menempuh pengalaman pertama mereka berpuasa di bulan Ramadhan. Pelbagai dugaan yang mereka hadapi semasa mereka berpuasa dan akhirnya mereka berjaya berpuasa penuh untuk tempoh satu bulan.

Kartun ini mempunyai banyak pengajaran kepada sesiapa sahaja yang menontonnya terutama di kalangan kanak2. Apa yang cuba ditonjolkan di dalam penerbitan kartun ini adalah suasana realiti kehidupan rakyat berbilang kaum yang terdapat di negara kita, Malaysia. Sekali lagi tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dengan penerbitan kartun yang saya anggap antara yang paling berkualiti pernah dihasilkan oleh rakyat tempatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri kartun ini, sila klik link2 yang disertakan di bawah;
Sila komen jika terdapat sebarang masalah atau cadangan. Artikel ini dibuat adalah bertujuan bukan untuk promosi, hanya pendapat atau review dari saya sendiri.


Untuk maklumat lanjut mengenai siri kartun ini, anda boleh layari http://www.upindanipin.com.my/index.html

Hasnul Azizi

No comments: