Kekuatan Air...!!!

posted by Hasnul Azizi ( -nEtPoSt- )

Dah dekat 4 hari rasenyer saya tak post ape2 kat blog neh. Mungkin disebabkan kekeringan idea dan kesibukan bergotong-royong sempena Pentauliahan Diraja yang bakal berlangsung pada 04 hb Disember ini. Hampir semua pelajar UPNM terlibat dalam menjayakan majlis yang bakal berlangsung kurang seminggu lagi.

Mase gotong-royong arituh, saya tertarik dengan kata-kata seorang member yang mengatakan air boleh memotong berlian. Mula dengar macam tak percaya. Last2 malam tadi saya search laa kat internet. Memang betol. Tapi yang saya jumper air boleh potong besi. Tu pon da cukup dahsyat. Ni ader video yang tunjuk air potong besi.


Nama mesin di dalam video di atas ialah 'Waterjets'. Mesin ini akan memancutkan air bertekanan tinggi dan terbukti boleh memotong besi. Untuk memotong besi, pancutan air perlu sentiasa konsisten dan halus. Struktur mesin itu menunjukkan air melalui berlian yang mempunyai lubang kecil. Berlian turut terlibat dalam proses ini.


Tekanan air yang digunakan adalah antara 20,000 dan 55,000 pounds per square inch (PSI). Manakala saiz lubang berlian adalah antara 0.010" dan 0.015" ( diameter ). Ketebalan besi yang boleh ditembusi oleh mesin ini adalah sedalam 4 inci dan mesin ini tidak akan panas kerana ianya menggunakan air sebagai medium pemotongan. Air juga berfungsi sebagai agen penyejukan. Kerja pemotongan akan menjadi lebih efisien dan lebih banyak besi yang boleh dipotong dalam satu2 masa.Selain itu, kawalan pemotongan adalah dengan menggunakan komputer. Hebat kan...??

Selain besi, pelbagai lagi yang boleh dipotong mesin ini iaitu :
  • Jubin
  • Granit
  • Batu
  • Plastik
  • Kayu
  • 'Stainless Steel'

Memang dahsyat...!! Tak lama lagi mungkin ada pembedahan manusia menggunakan air. Air merupakan antara ciptaan Tuhan yang paling unik. Air boleh menjadi penghilang dahaga kita tetapi jangan kita lupa air jugalah yang menghancurkan kota Acheh beberapa tahun dahulu. Setiap apa yang berlaku di dunia sudah ditentukan oleh Tuhan sebelum kita dilahirkan lagi. Bersyukurlah dengan nikmat yang dikurniakan Tuhan dan bersabarlah dengan dugaan-Nya.

Renung2kanlah....!!!


Hasnul Azizi

4 comments:

nazrien said...

org tipikal dgn kebolehan plastik sbg struktur kapal terbang..

kebolehan fiberglass mengalirkan elektrik..

ahaha terbukti..!! air pon boleh potong besi

-nEtPoSt- said...

bTol2...

aiR ciptaan Allah yang paling agung...

~dukacita~ said...

kagum aku mbcenye n menonton vdeo tsebot..
thnx 4 de info..
btambah ilmu aku =p

-nEtPoSt- said...

same2...