Radio Online : KedahFM

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Sejarah Penubuhan

Sejarah Kedah FM bermula pada tahun 1968. Pada masa itu, seorang wakil ditempatkan di Bangunan Persekutuan, Alor Setar untuk membuat liputan, rakaman dan temuramah mengenai sebarang peristiwa yang berlaku di sekitar negeri Kedah untuk stesen Radio Malaysia Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1979, sebuah stesen sementara yang dikenali sebagai Radio Malaysia Alor Setar (RMAS) ditubuhkan di Wisma Persekutuan, Alor Setar.

Pada tahun 1992, Radio Malaysia Alor Setar berpindah ke Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim, di mana ia terus bersiaran di tempat itu sehingga sekarang. Kompleks ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 8 Februari 1992. Pada tahun 2003, pemasangan peralatan suntingan video digital dibuat di unit berita manakala pemasangan peralatan penyiaran digital dibuat di studio siaran. Untuk keselamatan, Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan Sistem Pengurusan Masa (Time Management System).

Pada tahun 2004, Kedah FM memasang sistem berita DaletPlus. Sistem ini membolehkan berita-berita dari Kedah dihantar secara melalui talian VPN ke Angkasapuri. Pada tahun 2005, Sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) telah digunakan untuk siaran Kedah FM. Semua pendengar yang ingin menghantar SMS mereka perlu mendaftar sebagai Ahli Sahabat Kedah FM. Melalui Sahabat Kedah FM ini, pelbagai aktiviti dapat dijalankan.

Pada 12 November 2005, siaran 24 jam Kedah FM dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang dari Dewan Wawasan Jitra oleh DYMM Sultan Kedah. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Penerangan Malaysia, YB Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Bin Haji Sheikh Fadzir dan isteri. Siaran 24 jam ini merupakan cetusan idea beliau. Pemasangan Sistem Penjadualan Iklan Radio untuk bahagian Pemasaran Radio. Sistem ini membolehkan semua aktiviti penjadualan iklan dapat dihubungkan secara online kepada semua stesen radio di seluruh Malaysia.

Frekuensi
  • 97.5 MHz Gunung Jerai (Alor Setar)
  • 105.7 MHz Gunung Raya (Pulau Langkawi)
  • 90.5 MHz Bukit Palong (Baling)
  • 88.5 MHz Bukit Sungai Kecil Hilir (Bandar Baru Selama)
  • 105.1 MHz Bukit Dedap (Sik)

Dengar Online








Jika anda mahu letak radio KedahFM di Blog atau Friendster anda, hanya copy and paste code yang diberikan. Jika terdapat sebarang masalah, sila komen post ini dan saya akan cuba menjawabnya.



Hasnul Azizi

3 comments:

~dukacita~ said...

nol,radio lain xde ke?
ikim kew...hot kew...cool kew...
ape2 la slain kdah fm...

-nEtPoSt- said...

aDer...
nNt aKu Ltak...
Ikim n hoTFM aDer...
saBor2...

~dukacita~ said...

ok2..
klu ade sinar pon gerek gk...
lyn...................