Software : Yahoo! Messenger...

posted by : Hasnul Azizi ( -nEtPoSt- )

Hidup kita perlu sentiasa berkomunikasi. Tidak kira melalui apa cara sekalipun, kita tidak boleh hidup sendirian. Dahulu, kita berkomunikasi melalui surat dan telegram. Tetapi sekarang sudah ada pelbagai cara untuk kita berhubung tidak kira di mana sahaja kita berada.










Kaedah Pos Yang Masih Lagi Digunakan Sehingga Kini

Kali ini saya ingin menerangkan serba sedikit tentang salah satu 'software' yang memang sudah lama terkenal di seluruh pelusuk dunia. Saya pasti sudah ramai di kalangan pengguna internet masa kini telah menggunakan dan tahu mengenai 'software' ini. Perisian ini dinamakan Yahoo! Messenger atau pun lebih dikenali dengan singkatan 'YM'. Perisian ini telah pun melalui pelbagai zaman dan era sehingga telah banyak versi perisian ini dikeluarkan oleh Yahoo! Inc.

Logo Yahoo! Messenger

Yahoo! Messenger pada mulanya dikeluarkan dengan versi 1.0 pada 9 Mac 1998. Kemudian diikuti dengan versi 3.0, 3.5, 4.0 dan pelbagai lagi. Tetapi pada masa artikel ini ditulis, versi yang terbaru adalah versi 9.0.0.2034 dan dilancarkan oleh Yahoo! Inc. pada 8 November 2008. Untuk maklumat lanjut mengenai versi dan penaiktarafan versi YM, klik sahaja di link ini 'YM Feature & Release History' dan akan terus membawa anda ke laman web wikipedia dalam bahasa Inggeris.

Antara ciri2 YM adalah membolehkan anda menghantar mesej teks kepada member2 yang turut mempunyai Yahoo! ID. Selain itu, anda juga boleh membuat panggilan dari PC-ke-PC tidak kira di mana anda berada. Persidangan video, pindahan fail dan pelbagai lagi ciri yang memang menarik untuk kita dapatkan. Dan semua ini adalah percuma! Anda boleh download Yahoo! Messenger di
http://messenger.yahoo.com/ atau dengan menggunakan link2 yang saya sertakan di bawah.

Link Download Yahoo! Messenger Full Version


Versi 8.0
Versi 9.0.0.2034 ( Terkini 08/11/2008 ) ( klik kanan dan ' Save Target As ' untuk pengguna Internet Explorer dan ' Save Link As ' untuk pengguna Mozilla Firefox )

Paparan Yahoo! Messenger 9.0.0.2034

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://messenger.yahoo.com/


Hasnul Azizi

No comments: