Sekejap sahaja masa berlalu. Saya rasa masih belum lagi terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Kali ini saya tidak akan bercerita mengenai sambutan Aidiladha di UPNM. Mungkin dalam post selepas ini saya akan sertakan gambar2 sambutan Aidiladha di UPNM. Saya ingin memperkenalkan satu lagi blog yang amat bermanfaat untuk rakyat seluruh tanah air iaitu blog Koleksi Lagu Patriotik.

Anda semua boleh mendengar lagu beserta lirik yang turut saya letakkan dalam page yang sama. Saya akan update lebih banyak lagi lagu-lagu patriotik dan mungkin saya akan pertimbangkan lagu-lagu tema kempen kerajaan seperti Kempen Membaca dan lain-lain lagi. Di bawah saya tunjukkan sedikit keratan blog 'Koleksi Lagu Patriotik'.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau komen mengenai blog ini, sila tinggalkan komen anda di post ini atau di blog 'Koleksi Lagu Patriotik' sendiri. Sila klik gambar atau link di atas untuk ke blog tersebut.
Cintailah Seni Dan Budaya Tanah Air Kita
Cintailah Seni Dan Budaya Tanah Air Kita
No comments:
Post a Comment