Hari Raya Aidiladha 1429 H - Episod 1

posted by Hasnul Azizi ( -nEtPoSt- )


Seperti yang telah saya janjikan, saya akan menceritakan perjalanan sambutan Hari Raya Aidiladha di UPNM pada tahun ini. Seperti tahun-tahun yang lepas, sambutan diadakan dengan suasana yang sederhana dan tahun ini mungkin lebih ceria sedikit berbanding tahun lepas. Lebih 10 ekor lembu dikorbankan di sini pada tahun ini dan memberikan petanda lebih ramai tenaga kerja diperlukan untuk melancarkan perjalanan majlis pada hari tersebut.


Sambutan dimulakan dengan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Al-Jazaari. Khemah-khemah didirikan di perkarangan masjid bagi menampung limpahan jemaah yang datang memenuhi tuntutan agama. Solat AidilAdha ditunaikan secara berjemaah dimulai dengan solat dua rakaat diselangi dengan takbir pada rakaat pertama dan kedua dan seterusnya khutbah AidilAdha yang disampaikan oleh Mej (Ust) Daud.



Selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha, majlis diteruskan dengan jamuan hari raya di Wisma Pegawai Kadet. Pelbagai jenis juadah disediakan seperti lemang, nasi himpit dan tidak ketinggalan rendang daging. Jamuan diteruskan sehingga jam 1000H. Pada jam 1045H, acara menyembelih lembu korban dan aqiqah pun dimulakan. Hampir semua staf dan pegawai kadet UPNM turut serta dalam melancarkan perjalanan upacara penyembelihan. Kali ini majlis diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UPNM, Lt Jen Dato' Pahlawan Hj Zulkifli yang turut serta membantu menjayakan upacara penyembelihan.

  • Bersambung di Episod 2....

Hasnul Azizi

No comments: