


Selang beberapa jam, tumbanglah satu persatu lembu korban & aqiqah. Mulalah sibuk semua orang membuat pelbagai kerja. Ada yang melapah kulit, melapah daging, mencuci perut, memotong daging, menimbang daging untuk agihan. Setelah selesai semua kerja-kerja, kesemua kami berehat dan makan di Wisma Pegawai Kadet. Juga kelihatan OC 2007, Mej Nasir turut serta membantu Intake 2007. Semua orang kelihatan kepenatan dan keletihan. majlis tamat kurang lebih jam 1400H. Berikut merupakan koleksi gambar yang berjaya saya rakamkan.







Sekian sahaja review tentang Hari Raya Aidiladha di UPNM. Jika ada sebarang pandangan atau komen, sila tinggalkan komen anda. Jangan lupa baca Episod 1 sebelum baca Episod 2 ini.
No comments:
Post a Comment