In-Voices 2nd Generation ke UKM Bangi...!!!

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

In-Voices 2nd Generation


Gambar ini diambil di USM Kampus Kejuruteraan, Transkrian pada 12 September 2008 yang lalu. In-Voices 2nd Generation yang dianggotai seramai 12 orang Pegawai Kadet Pengambilan 2007 telah pun berjaya mendapat tempat kedua di belakang UPSI. Kini semua hanya tinggal kenangan...!!! Dua daripada ahli kumpulan ini telah pun menamatkan pengajian mereka dan berpindah ke universiti lain. Kedua-dua mereka terdiri dari bahagian perkusi dan kini telah pun diganti dengan dua orang Pegawai Kadet Pengambilan 2008.


Kali ini kami kembali untuk pertandingan seterusnya iaitu di UKM Bangi pada 05 Februari 2009. Kali ini memang amat berbeza kerana kami akan memakai 'Outfit' yang baru. Di atas anda dapat lihat bahagian kolar baju yang dibuat dari songket dan selainnya dibuat dari kain satin. Baju ini dibuat oleh syarikat 'GATES THE TAILOR' dan harganya saya sendiri pun tidak pasti. Lagu yang bakal kami bawa ialah 'ANALISA' yang sebelum ini pernah dinyanyikan oleh Shoutul Amal. Di bawah saya sertakan lirik lagu tersebut.

ANALISA

Analisa, analisa analisa siapa kita 3X

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangan
Tunaikan zakat kerana terpaksa
Tunaikan Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna 2X

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak diikuti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna 2X

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tetapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

Uhuuuu..uhuuu..

Lirik: Mohd Firdaus Sahidin
Lagu: Megat MS/Mohd Firdaus
Hakcipta: Lambaian Kasih Productions

Mampukah 'In-Voices 2nd Generation' menggegarkan UKM Bangi pada 05 Feb 2009 ini...?? Semua itu akan terjawab dalam post saya yang seterusnya.

Selamat Maju Jaya
In-Voices 2nd Generation...!!!


Hasnul Azizi

2 comments:

zoe sawyer said...

gudluck fo ur nasyid competition~
wishin u all the besh!

gambate!

...sarah n... said...

best of luck to hasnul...

btw,nak promote..


dtg la beramai2 ke ukm bangi sepanjang minggu ni....

2 projek mega kolej tun hussein onn sedang berjalan...

minggu keusahawanan ukm dan festival sanjungan satria (fessat)...

hasnul n frens will b joining nasyid cempetition utk fessat....yeah...!!!

p/s: hasnul, kalau ko nak menang 1st, pe kata belanja ajk ni..haha!!