Nampaknya kali ini In-Voices 2nd Generation tak cukup bertuah. Kami hanya menduduki tempat ke-5 mengikut kata pihak penganjur. Tempat pertama disandang oleh UM. Tempat yang kedua pula disandang oleh Kolej Hafiz dan tempat ketiga disandang oleh tuan rumah, UKM. Tempat keempat saya rasa diisi oleh SMAP Labu dan yang kelima In-Voices dari UPNM. Pertandingan ini disertai seramai 14 kumpulan nasyid dari UKM sendiri dan IPT luar.
Memang tak disangka...!! Ada 4 kumpulan nasyid yang mendendangkan lagu Analisa sebagai lagu wajib. Nampaknya nasib agak malang kali ini dan untuk masa-masa yang lain, kami akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan lagu. Kali ini tempat pertama sehingga ketiga didominasi oleh kumpulan yang menggunakan minus one dan bukannya "percussion".
Pertandingan ini juga diserkan lagi dengan persembahan oleh Nazrey Johani (Raihan) dan kumpulan Rabbani. Berikut saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang saya berada di UKM pada 05 hb Februari yang lepas.
Van UPNM yang membawa In-Voices 2nd Generation
Setibanya Kami Di Perkarangan Panggung Seni UKM
Solat Asar Di Masjid UKM
Masjid Yang Tersergam Indah
Pemandangan Sekitar Masjid
Gong UKM Yang Unik
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
Pentas Pertandingan
Sesi Latihan 1
Sesi Latihan 2
Sesi Bergambar - Servis
Sesi Bergambar - Outfit Persembahan
Hanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan kali ini. Semoga In-Voices 2nd Generation akan berjaya mendapat kedudukan yang lebih baik pada masa-masa yang akan datang.
2 comments:
atas bukit seblah dectar tu adalah kolej ku..heheh...bangge2...
lawa la hasnul..
pndai mek gmbr
dlu kt skul naqib r slalu jd camera man
huhu,bgus r 2 1 geng
Post a Comment