Valentine's Day... Patut Atau Tidak...???

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Kempen Anti Valentine's Day

Hari ini tanggal 13 Februari 2009 dan hati saya terdetik untuk membuat sedikit ulasan mengenai Valentine's Day. Adakah wajar bagi kita sebagai umat Islam meraikan hari tersebut...?? Kita boleh fikirkan dari sudut objektif atau tujuan hari tersebut diraikan. Hari tersebut diistilahkan sebagai hari berkasih-kasihan di kalangan pasangan yang sedang bercinta. Ini merupakan antara budaya Barat yang sering kita angkat dan julang setinggi-tingginya sehingga kadang-kadang kita hampir lupa siapa diri kita sebenarnya.

Cuba renungkan firman Allah :“ Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

SEJARAH VALENTINE'S DAY

Gambaran St Valentine

St Valentine yang di katakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi. Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen,taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta. apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius III memerintahkan belium di hukum bunuh.

14 Februari 269 Masihi dipilih sebagai "Valentine Days" adalah tarikh St Valentine (PADERI) dijatuhi hukuman mati. Lalu, untuk mengingati dan menghormati tokoh ini, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari Sebagai 'St Valentine Day'.

Hari berkasih-kasihan yang diraikan oleh orang-orang Barat sehingga kini yang disebut sebagai Valentine's Day turut sama diraikan oleh segenap penduduk di pelusuk dunia. Adakah kita mengambil tahu terlebih dahulu mengenai sejarah atau latar belakang Valentine's Day sebelum ini...??

CINTA MENURUT ISLAM

Menurut Islam, cinta bukan sahaja terhad di antara pasangan lelaki dan wanita tetapi turut meliputi aspek yang lebih luas lagi. Cinta dapat ditafsirkan sebagai perasaan kasih sayang yang lahir dari hati yang tulus ikhlas dan suci. Cinta teragung merupakan cintakan Allah S.W.T. dan lazimnya setiap orang akan cinta kepada ibu bapa dan keluarga mereka sendiri. Konsep cinta sememangnya luas sehinggakan wujudnya buku yang diterbitkan sehingga berjilid-jilid bagi mendeskripsikan cinta dari pelbagai sudut pandangan.


Perasaan Cinta Adalah Lumrah Manusia


Adakah wajar perasaan cinta disemat untuk satu hari sahaja..?? Perasaan cinta yang sebenar akan terus wujud dalam sanubari kita tidak kira bila-bila masa dan tidak kira di mana kita berada. Tidak perlu kita raikan hari berkasih sayang sedangkan sepatutnya setiap hari kita perlu menyatakan atau menzahirkan betapa kita menyayangi insan yang berada di sekeliling kita.


SEMANGAT JIHAD


Kita sering mengikut atau mencontohi sesuatu perkara yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan membuta tuli dan tanpa memikirkan impak atau kesan terhadap diri kita sendiri. Dengan meraikan Valentine's Day, secara tidak langsung kita telah pun menjayakan salah satu propaganda puak Yahudi dan semua musuh-musuh Islam yang ingin melihat umat Islam jatuh terjelepuk sehinggakan menyembah bumi. Dengan terpengaruhnya umat Islam kini bermakna tahap kekuatan kita sebagai umat Islam yang dahulunya terkenal dengan semangat Jihad Fi Sabilillah sudah tidak perlu diambil kisah sama sekali oleh musuh-musuh kita.

Jadi bangunlah wahai umat Islam dari tidurmu. Kita seharusnya sedar akan berlakunya perkara ini. Lebih-lebih lagi sekarang merupakan zaman globalisasi yang memberi makna dunia tanpa sempadan. Ini bermakna cabaran bagi umat Islam kini merupakan antara yang terhebat dan bagi mereka yang berjaya mengharungi cabaran-cabaran ini nescaya dijanjikan syurga bagi mereka.


Diolah semula oleh : Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)
Sumber : http://muzakarah.tripod.com/valentine_melayu.html


p/s : Gambar yang disiarkan hanya sekadar hiasan. Ianya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan artikel ini.


Hasnul Azizi

4 comments:

azlishukri said...

saya setuju kita boikot hari kekasih ni. banyak maksiat daripada pahala.

Hasnul Azizi said...

paDa haRi kekasih yang LaLu, sebanyak 26 pasangan telah
ditangkap sedang berdua-duaan di sekitar taman rekreasi
di sekitar Pahang dan operasi ini telah dijayakan
oleh pihak JAIP

p/s: positif atau negatif..?? anda yanG tentukan...

Anonymous said...

aa,,btol2
lgpon klu nk bg adiah 2 xyh r tnggu ari2 cm 2 kn
cm xiklas je,..
nk nunjuk r konon..kn2
aa..,ble nk bg adiah kt sy neh?
hoho

ily said...

betol2..tak perlu kot sambut valentine..=))