Cinta @ Kawan...!!!

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Kisah Cinta & Kawan ini memang amat menarik dan betul-betul memberi kesan dalam hidup semua orang bahkan dalam diri saya sendiri. Maksudnya amat mendalam dan jika dihayati, hati kita mungkin akan tersentuh. Cuba hayati satu-persatu kisah di bawah dan renungkannya....

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerana KAWAN akan berbuat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang...
Kenapa??
Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu...
Kenapa ??
Kerana KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...


Adakah CINTA itu buta...?? Orang Melayu memang betul-betul pandai membuat bahasa kiasan. Ya kerana jika kita sedang bercinta, segala-galanya nampak sempurna. Sehinggakan wujudnya satu lagi bahasa kiasan iaitu ' Masa bercinta, tidur jadi tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang...' Kadang-kadang terasa bagaikan kita berada di awang-awangan tanpa berpijak di bumi yang nyata. Tak perlu saya terangkan lagi kerana saya pasti hampir semua orang pernah merasai perasaan sebegini walaupun sekejap sahaja.


Berlainan pula dengan KAWAN yang dikatakan amat setia seperti kisah di atas. KAWAN pada pendapat saya ialah orang yang akan menjadi tempat meluahkan perasaan atau dengan kata lain menjadi pendengar yang baik. Tetapi ingin saya ingatkan jika kita mahu orang dengar dan faham masalah kita, kita perlulah dengar dan faham terlebih dahulu masalah mereka. Cuba beri respons dan pastikan kita beri respons atau kritikan membina. Jika kita rasa kita perlu beri pujian, beri secara berpada-pada dan jangan pula secara berlebih-lebihan. Selalunya proses persahabatan akan berlanjutan sehingga bertahun-tahun dan kadang-kadang sehingga ke akhir hayat. Berlainan dengan cinta yang begitu mudah retak dan hilang tanpa kita sendiri sedari.

Jadi, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI...
Walau kita ada couple, KAWAN tetap yang paling setia...
Walau kita ada harta yang banyak, KAWAN tetap yang paling berharga...
Hubungilah KAWAN dan kalau boleh jagalah hati KAWAN sebaiknya...


Jika diberi peluang untuk memilih antara KAWAN & CINTA, yang mana satukah pilihan anda...??

Anda yang tentukan sendiri...

Hasnul Azizi

No comments: