Kami sampai di perkarangan Stadium Malawati sekitar jam 1030H dan pertandingan dijadualkan bermula sekitar jam 1130H. Jadi kami terus menukar pakaian dan melakukan sedikit latihan terakhir bagi memperbaiki kelemahan yang mungkin nampak ketara dalam persembahan kami.
Ketibaan In-Voices Di Perkarangan Stadium Malawati
Intro yang dibawa ialah Selawat Menghindari Masalah yang sebelum ini didendangkan oleh kumpulan Nowseeheart. Lagu utama pula bertajuk 'Remembering You' hasil nukilan saudara Muhammad dan lirik lagu ini boleh didapati di sini. Outro pula merupakan petikan dari lagu yang saya tak berapa pasti tajuknya tetapi digelar 'Sebiru'.
Sementara menunggu keputusan pertandingan, kami berjalan-jalan di sekitar tapak Karnival TM dan menikmati makanan di gerai-gerai sekitar tapak pameran. Terdapat pelbagai gerai yang dibuka dan pelbagai promosi dijalankan pada hari tersebut. Setelah hampir sejam setengah berjalan, akhirnya kami berkumpul semula di sekitar pentas persembahan bagi mendengar pengumuman pemenang pertandingan nasyid. Dan tanpa diduga kami dinobatkan sebagai juara pada pertandingan tersebut. Tahniah sekali lagi sya ucapkan kkepada semua anggota In-Voices.
Senyuman Lebar Tn Ikhsan Ketika Menerima Hadiah
Pada sebelah malam pula, diadakan Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 H dan memang ramai yang datang bagi memeriahkan konsert pada malam itu. Tetapi saya agak hairan kerana konsert ini diadakan serentak dengan perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam yang betul-betul di belakang Stadium Malawati melibatkan perlawanan antara Selangor dan Kelantan. Sedikit sebanyak pertembungan ini mempengaruhi jumlah penonton konsert ini.
Pentas Konsert Dari Tempat Duduk Penonton
Antara artis yang menambah seri konsert pada malam tersebut ialah Rabbani, Datuk Hajah Siti Nurhaliza, Mawi, Ust Akhil Hayy, Amy Search dan Ustazah Siti Nor Bahyah. Konsep konsert pada kali ini saya anggap unik kerana ianya menerapkan penceritaan tentang Nabi Muhammad S.A.W. dari mula lahir-Nya sehingga wafat-Nya baginda. Tayangan video mengenai Rasulullah S.A.W. diselangi dengan persembahan artis dan yang paling unik terdapatnya tazkirah pendek oleh Ustazah Siti Nor Bahyah yang memang betul-betul memberi kesan kepada para penonton terutamanya ketika dia bercerita mengenai peristiwa wafatnya Rasulullah S.A.W. sehingga ramai penonton yang menitiskan air mata.

5 comments:
congrats!!!heheh..
wah.. tahniah.. bile nak wat album.. keluarkan single pon ok gak..
mne sTudiO raKamaN uTk kiTorG wT recordinG...???
mNer JanJi2 MPP UPNM dLu...??
haHa...
gRau JerLaa apiK...
bestnye bas..,,,asl kitorg bs buruk?!
ni xpuas ati neh,..hoho
eh,
congrats ek
hmm,..mntap2
Post a Comment