Kempen "60 Earth Hour" Malaysia...!!!

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)


Logo Kempen "60 Earth Hour"

Saya amat tertarik dengan kempen ini kerana semua orang boleh menyertainya tidak kira bangsa, agama mahupun negara. Untuk menjayakan kempen ini, anda hanya perlu 'sign up' di laman web Earth Hour Malaysia dan kemudiannya memadamkan lampu selama 1 jam sahaja pada 28hb Mac 2009 mulai jam 2030H - 2130H. Sasaran kempen ini ialah sebanyak 1 Juta orang yang mendaftar di laman web Earth Hour Malaysia.

Kempen ini diadakan bertujuan untuk mengurangkan pemanasan global di bumi. Dengan menyertai kempen ini, kita akan menjadi sebahagian dari hampir 1 billion orang dari seluruh dunia yang akan turut serta dalam kempen ini dan kejayaan kempen ini diharap dapat membuka mata pihak yang berwajib untuk mempertimbangkan isu penggubalan "Kyoto Protocol" yang akan dibawa dalam "Global Climate Change Conference" yang bakal diadakan di Copenhagen pada tahun ini.


Gambaran Keadaan Bumi Sekarang

Bumi kini semakin hari semakin tercemar dan akibat dari pemanasan global, jangka hayat bumi didapati semakin hampir ke penghujungnya. Kesemua ini adalah disebabkan aktiviti manusia saban hari yang menyumbang ke arah pemanasan global seperti pembinaan bangunan berkaca, penggunaan alat penghawa dingin, peti ais, racun serangga, dan lain-lain lagi.



Jadi dengan menjayakan kempen ini sekurang-kurangnya kita dapat menyumbang ke arah usaha mengurangkan pemanasan global di bumi. Adalah mustahil untuk kita berhenti dari melakukan kesemua aktiviti harian yang menyumbang ke arah pemanasan global. Semoga hasil dari perbincangan "Global Climate Change Conference" akan dapat memberikan jalan keluar atau penyelesaian terhadap masalah ini.

HTML Code

Anda juga boleh membantu untuk menyebarkan maklumat mengenai kempen ini dengan menghantar komen di Friendster rakan-rakan anda. Anda hanya perlu 'copy & paste' kod HTML yang saya sertakan di bawah.




Penglibatan anda dalam kempen ini amatlah dihargai.


Untuk maklumat lanjut @ pendaftaran, sila layari
http://earthhour.org.my/



Hasnul Azizi

1 comment:

usop said...

waaa ad gak ek kempen ceni..
stylo2..