
Perkara ini saya sedari berikutan terdapatnya rungutan dari rakan-rakan saya yang turut menggunakan servis internet dari IzziNet. Jadi saya mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak IzziNet melalui telefon dan mendapat maklumbalas yang baik dari pihak operator mereka. Mereka turut menjanjikan tambahan nilai topup selama 7 hari berikutan servis mereka yang kurang baik selama 7 hari akibat penyelengaraan tersebut.
Kini servis IzziNet telah kembali seperti asal dan saya amat berpuas hati atas inisiatif pihak IzziNet sudi menambah servis setiap pelanggan IzziNet selama 7 hari tanpa sebarang caj. Nampaknya pihak IzziNet begitu komited dalam hal ehwal penggunanya. Kini semua pengguna IzziNet dapat menggunakan perkhidmatan internet pada kelajuan asal seperti biasa.
No comments:
Post a Comment