In-Voices : Festival Nasyid Selatan (FENAS) 2009

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)





Mulai 18 Mei sehingga 20 Mei 2009, In-Voices telah pun menyertai satu lagi pertandingan nasyid iaitu Festival Nasyid Selatan ( FENAS ) Ke-2 di UiTM Segamat, Johor. Kali ini In-Voices dianggotai seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada 6 orang vokalis dan 5 orang perkusi. FENAS pada tahun ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan iaitu sebanyak 16 buah kumpulan dari 15 buah universiti seluruh Malaysia menyertai acara ini. Berbeza dengan tahun lepas di mana hanya 8 buah kumpulan sahaja berentap dalam FENAS 2008.



Mulai 17 hb Mei, para ahli In-Voices sudah mula pulang dari bercuti dan yang paling akhir dari pantai timur yang sampai di UPNM pada pagi 18 hb Mei. Pada pagi tersebut, kami mengadakan sesi latihan terakhir Dewan Pendekar, UPNM. Di bawah ada disertakan sedikit gambar semasa latihan dijalankan.



Kami bertolak dari UPNM lebih kurang jam 12.oo tengah hari menaiki sebuah LDV Maxus dan sebuah Ford Everest. In-Voices diiringi oleh Ust. Yahaya selaku pengurus kumpulan nasyid In-Voices. Berikutan perut kami yang agak kosong, kami singgah untuk makan tengah hari di Kg. Sri Asahan, Gemencheh. Setelah lebih 3 jam dalam perjalanan, akhirnya kami sampai di kampus UiTM Segamat, Johor kira-kira jam 4.30 petang.



Kedatangan kami disambut baik oleh urusetia FENAS 09 dan kami mendapat delegasi kami sendiri iaitu saudara Afiq yang bertanggungjawab menentukan kebajikan kami selama FENAS 09 berlangsung. Kami diberikan 3 buah bilik yang menjadi penginapan kami selama 3 hari kami di sana. Kolej yang menjadi tempat penginapan peserta FENAS kali ini ialah di Kolej Si Manja Kini, iaitu kolej kediaman siswi UiTM Segamat. Tahniah kepada pihak penganjur kerana mampu menyediakan kemudahan yang sedemikian rupa kepada semua peserta khususnya In-Voices sendiri.



Berikut merupakan tentatif perjalanan majlis sepanjang FENAS 09 berlangsung:-

18 MEI 2009
2.00- 6.00 PETANG - PENDAFTARAN PESERTA DAN PENGIRING
6.30 PETANG - SOLAT/MAKAN
8.30 MALAM - MAJLIS PERASMIAN

19 MEI 2009
9.00 PAGI - TAKLIMAT PESERTA
10.00 PAGI - SESI SOUND CHECK
12.00 T/HARI - SESI REHAT, SOLAT/MAKAN
2.30 PETANG - SESI SARINGAN 1
6.30 PETANG - SESI REHAT, SOLAT/MAKAN
8.30 MALAM - SESI SARINGAN 2

20 MEI 2009
9.00 PAGI - FINAL FESTIVAL NASYID SELATAN
10.00 PAGI - PERSEMBAHAN JEMPUTAN
11.30 PAGI - MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH

Pada peringkat saringan, In-Voices telah mendapat giliran yang ke-8 iaitu kumpulan terakhir dalam Saringan 1. Setelah selesai sesi saringan, pihak penganjur telah mengumumkan 7 kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir.

Berikut merupakan senarai 7 kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir:-

1. Universiti Teknologi MARA Johor
2. Universiti Teknologi MARA Pahang
3. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
4. Universiti Pendidikan Sultan Idris
5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
6. Universiti Teknologi MARA Perak
7. Kolej Universiti Insaniah

Pada pagi 20 hb Mei 2009, peringkat akhir FENAS 09 telah pun dijalankan dengan jayanya. Sebanyak 7 kumpulan berentap bagi mendapatkan kedudukan tempat pertama hingga ketiga dan tidak lupa membawa pulang piala pusingan Festival Nasyid Selatan (FENAS). Setelah juri memberikan sedikit sebanyak komen yang amat membina, akhirnya keputusan diumumkan. Nampaknya UiTM Perak tidak berjaya mengekalkan status mereka selaku Johan FENAS 08 sekaligus terpaksa akur dengan kehebatan UPSI dan UiTM Johor.




Johan : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Naib Johan : Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor
Ke-tiga : Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak

Walaupun kali ini In-Voices tidak berjaya mendapat sebarang gelaran, kami tetap berpuas hati dengan komen dan respons dari juri dan universiti lain. Kebanyakan universiti lain mencadangkan agar kami menggunakan 'minus one' untuk pertandingan seterusnya. Mungkin akan kami pertimbangkan bertujuan mengikuti arus peredaran zaman. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada sekretariat FENAS Ke-2 dan berharap agar kejayaan yang sama dapat diulang dalam penganjuran FENAS yang seterusnya, InsyaAllah...!!

Di bawah saya sertakan beberapa gambar yang sempat dirakamkan selama 3 hari In-Voices di UiTM Segamat, Johor. Semoga arena nasyid tanah air akan terus maju seiring dengan membangunnya Malaysia di persada dunia.
















SEMOGA BERJUMPA LAGI DI FENAS KE-3 2010...!!!


Hasnul Azizi

10 comments:

syaf said...

heee serba kekuningan . wahh !

annur razali said...

:), hehee

Hasnul Azizi said...

tO nursyafinazKamal :)>
oK kan wrNe kuniNg 2... toL x mimi...

tO noe>
aSL gLak pLak...??

Zamil Afiq Zulkifli said...

wah.. bergaya sungguh..

Hasnul Azizi said...

to apik>
haha... bJu disponSor oLeh UPNM...

Ummul said...

wah! mantap!
tahniah pada semua!

izansalleh® said...

adushhh...
kuning di raja gituuu...
tahniahhhh...
=)

Hana Fikri said...

kacaknye kekasihku fikri..hik3...fcnol...dia gatal x kat sane??

Hasnul Azizi said...

to haNNa dOnuT>
xDe aH...
die tuh seTia oRgnYe...
cM aKu gK...
heHe...

Anonymous said...

camera saper 2 yang korang gune.... best r shoot die.....