Cuti Pendek...!!

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)



Setelah selesai semester ketenteraan, saya telah mendapat cuti pendek mulai 02 hb Julai sehingga 05 hb Julai 2009. Akhirnya dapat juga saya menjejakkan kaki di bandar Ipoh dan berjumpa keluarga yang tercinta. Kali ini memang banyak aktiviti yang saya rancang berikutan tertangguhnya banyak perkara yang seharusnya saya selesaikan sebelum ini. Kali ini saya perlu memanfaatkan sepenuhnya cuti kerana bukan senang untuk mendapat cuti pada hari bekerja. Pelbagai urusan yang memerlukan saya ke pejabat-pejabat kerajaan telah pun saya uruskan semasa cuti baru-baru ini.

Membaharui Lesen



Berikutan lesen kereta saya yang sudah pun mencapai tempoh matangnya pada 23hb Mei yang lepas, saya terus ke JPJ cawangan Ipoh bagi menukar Lesen P kepada Lesen CDL. Saya diberi pilihan sama ada untuk membaharui lesen untuk 1-5 tahun. Jadi saya terus melihat di dalam dompet dan terdapatnya 2 keping not RM50.00. Untuk tempoh setahun jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM30.00. Lalu saya pun memilih untuk membaharui lesen untuk tempoh 3 tahun.

Menukar Pelan Broadband

Sebelum ini bapa saya menggunakan dua perkhidmatan internet
iaitu 'Celcom Broadband' dan juga 'TMNet Streamyx'. Dia perlu membayar RM68.00 untuk pelan Celcom Broadband Basic dan pada masa yang sama dia juga perlu membayar RM45.00 untuk TMNet Streamyx yang berkelajuan 384kbps (unlimited usage). Jadi jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM113.00 sebulan.



Sebelum ini saya pernah mendengar tentang terdapatnya satu pelan internet yang menggabungkan kedua-dua TMNet Streamyx dan Celcom Broadband iaitu pelan Home Hop Away. Dengan hanya perlu membayar sebanyak RM108.00 sebulan, bapa saya akan dapat menggunakan kedua-dua perkhidmatan internet ini. Bukan itu sahaja, pelan TMNet Streamyx di rumah turut akan dinaiktaraf kepada pelan 1.0 Mbps. Memang menjimatkan tetapi juga ingin saya ingatkan jika anda berminat untuk menggunakan pelan ini, anda tertakluk dengan kontrak penggunaan selama 18 bulan. Jika anda gagal untuk mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan, penalti sebanyak RM350.00 akan dikenakan oleh pihak Celcom.
Saya telah mengambil keputusan untuk pulang lebih awal ke Kuala Lumpur di atas sebab-sebab tertentu. Di bawah saya sertakan beberapa gambar yang mampu menjelaskan segala-galanya. Kini tarikh 04 Julai sudah pun tersenarai sebagai salah satu tarikh penting dalam kamus hidup saya. Semoga hubungan kami akan terus berkekalan, InsyaAllah.







Semalaman di Kolej Ibu Zain



Hasnul Azizi

8 comments:

aMyErInAiMiE said...

waaaaaaa..bagus2!sudah berpunye~ *jelesjeles*

4 july..hermm..ramai btol blogger yg merasakan 4july kini sudah penting.besh nyee.jelesh!hehe

beliamuda said...

sudah berpunya ya.. uhuk2.. ingatkan cuti pendek tu cam seminggu gak ke.. rupanya lagi pendek..

annur razali said...

hoho, kak hawa! :) ;) ;p

zatiesiska abdul rahman said...

sweet :)

awa said...

thanks syg..this means lot 2 me

miss izan said...

ahah!
hasnulllllllll
tahniahhh ;)
semoga berkekalan ;)
aminnn...

Hasnul Azizi said...

to aMyErInAiMiE>
Laa, aPe yG nK diJeLeskan... haHa...

to beliamuda>
manG penDek poN...

to annur razali>
kaK haWa tersenYum paBiLa mmBace msG anDa... heHe...

to zatiesiska abdul rahman>
woW, sWeEt eH... thanx...

to awa>
me aLso sYg... tHanx coZ beComiNg a paRt oF mY LiFe...
reALLy aPPreCiaTe tHat n hoPe tHaT OuR reLatiOnsHip wiLL reMain tHe saMe tiLL deaTh...
<3 u sYg...

to miss izan>
aaMinn... aKif kem sLam... haHa... guRau jeKk...

miss izan said...

kureng asem ko hasnullllllllllllll!
ko dtg buzen lg siap ko!
;P