H1N1 Di UPNM...??

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)


Setelah lebih 300 orang dikuarantin kerana disyaki mempunyai simptom-simptom H1N1, akhirnya UPNM dan MTD ditutup secara serta merta mulai hari ini. Tempoh penutupan adalah selama 7 hari bermula 21hb Julai sehingga 28hb Julai 2009. Semua pelajar kadet dan PALAPES telah diarahkan untuk mengosongkan kolej kediaman masing-masing. Sesi akademik akan ditangguhkan buat sementara waktu berikutan kes yang berlaku. Di bawah saya sertakan laporan penuh ataupun artikel yang saya petik dari Akhbar Utusan Online.

60 Pelajar Positif H1N1

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Julai - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di sini ditutup serta-merta selama seminggu mulai hari ini apabila 60 pelajarnya dikesan positif virus selesema babi, H1N1.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad ketika mengesahkan perkara itu berkata, semua pelajar yang dikesan positif itu telah diarahkan menjalani kuarantin rumah.

"Saya mengesahkan bahawa terdapat 60 pelajar yang dikesan positif H1N1 pada hari ini.

"Mereka kini diarahkan menjalani kuarantin rumah. Sehubungan itu UPNM serta MTD ditutup selama seminggu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, penutupan selama seminggu itu wajar tetapi menjelaskan tempoh tersebut bergantung kepada arahan Kementerian Kesihatan sebelum sesi pembelajaran boleh dimulakan semula.

Abdul Latiff dalam pada itu menegaskan, semua mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan awal.

Kepada soalan bagaimana virus itu boleh menular ke UPNM dan MTD, Abdul Latiff menjelaskan, siasatan awal mendapati ia virus import.

"Kami dimaklumkan seorang pensyarah UPNM telah melawat Melbourne, Australia sebelum dia disahkan positif H1N1,'' jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meningkatkan kawalan keluar masuk ke kawasan itu.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua langkah pencegahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diambil.

Penutupan UPNM itu menjadikan ia institusi pengajian tinggi (IPT) kedua yang ditutup akibat H1N1 selepas Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah, Melaka.

UiTM Lendu ditutup selama sembilan hari selepas empat penuntutnya positif H1N1 pada 12 Julai lalu.



Hasnul Azizi

5 comments:

miss izan said...

hasnul,jage diri ko lek lok ;)

beliamuda said...

uish.. ramai gak yang disahkan... ko ok?

zatiesiska abdul rahman said...

haish ble la turn uitm shah alam nih hahahah

Hasnul Azizi said...

to miss izan>
aKu oK jer Laa...
mLm td aKu Lepak kT buZen...
biLek aKif...
pG tD ko anTar LapTop kT Dier kN...
haHa...

to beliamuda>
aKu Ok jer...
aKu Rse Utusan suKe wat cTer besaR2...
Yg aKu taU sTakat neH 1 je PositiF n yG Len sTiLL dLm Ujian...
tP Utusan da kuAr beRita kaTe 60 oRang...
PeNin aKu...

to zatiesiska abdul rahman>
jGn minTak weYh...
baLa tuE...

KELAB PENYAYANG UKM said...

hope all the infected and quarantined UPNM's students get well soon..