Ternyata Ianya Benar...!!!

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Gambar pelajar UiTM Permatang Pauh yang diarahkan bercuti akibat menularnya wabak Influenza A (H1N1) di kampus mereka

Nampaknya tindakan untuk menutup kampus UPNM dan MTD adalah benar kerana semalam 7 lagi kes positif H1N1 dicatatkan dari kalangan pelajar kedua-dua institusi ini. Semalam juga diumumkan penutupan dua buah lagi universiti iaitu UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang dan UiTM Seri Iskandar, Perak. Berita berkenaan pengesahan kes di UPNM, MTD serta penutupan dua lagi universiti ini telah pun terpapar di dada-dada akhbar tempatan semalam. Di bawah merupakan petikan akhbar Utusan Online.

H1N1 catat 44 lagi kes baru

KUALA LUMPUR 22 Julai - Sebanyak 44 lagi kes baru selesema babi atau influenza A (H1N1) dikesan di seluruh negara hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican, angka itu menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 di seluruh negara yang disahkan sehingga kini adalah sebanyak 921 kes.

"Hanya dua pesakit yang dirawat di hospital manakala baki kes dirawat sebagai pesakit luar dengan rawatan simptomatik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, daripada kesemua jumlah kes baru itu, 41 kes berpunca daripada jangkitan tempatan manakala tiga lagi merupakan kes import iaitu daripada Brunei.

Beliau berkata, daripada kes tempatan yang dilaporkan itu, 38 kes melibatkan pelajar dan kakitangan beberapa buah institut pengajian tinggi, sekolah dan sebuah maktab manakala baki adalah kes terpencil.

Katanya, kesemuanya melibatkan lapan kes yang dilaporkan positif H1N1 di Kolej Winfield International dan 10 kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong, Sarawak.

Tujuh kes baru juga dilaporkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD) Sungai Besi.

"Sementara tiga lagi kes positif H1N1 dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2, Negeri Sembilan manakala 10 kes dikesan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang," katanya.

Mohd. Ismail berkata, sebanyak 909 pesakit yang disahkan positif H1N1 sebelum ini telah pun sembuh manakala empat lagi masih dirawat sebagai pesakit luar di rumah masing-masing.

Katanya, sehingga setakat ini tiada kematian dilaporkan berlaku berikutan penularan H1N1 di negara ini.

Menurutnya juga, sehingga semalam, pandemik H1N1 telah melanda 158 buah negara dengan melibatkan 143,726 kes dengan 812 kematian.


Di sini dapat saya lihat bahawa pandemik ini menular dengan begitu pantas sehingga kita sendiri tidak tahu dari mana dan bagaimana ianya merebak. Jadi bagi membantu usaha kerajaan dalam membendung perkara ini, sekurang-kurangnya kita perlu mengikuti atau mengamalkan langkah berjaga-jaga yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara gejala Influenza A (H1N1) adalah:-
  • Demam
  • Batuk
  • Sakit Tekak
  • Sukar Bernafas
  • Sakit Badan (terutamanya di bahagian sendi-sendi)
  • Sakit Kepala

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan di atas, sila pergi ke Hospital atau Pusat Rawatan yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selanjutnya. Ini bertujuan bagi mengelakkan dari gejala ini terus merebak di Malaysia khususnya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh muat turun flyers berkenaan wabak Influenza A ini di laman web khusus Kementerian Kesihatan Malaysia.


Terdapat 4 pilihan bahasa yang terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan yang terakhir bahasa Tamil. Jadi anda seharusnya tahu perkara-perkara penting yang terkandung dalam flyers yang telah diedarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melindungi diri anda sendiri serta insan yang tersayang dari wabak yang amat merbahaya ini.

Sila layari laman web rasmi H1N1 Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat lanjut.


Hasnul Azizi

6 comments:

beliamuda said...

UiTM Seri Iskandar dah dekat dah tu..

~enon89~ said...

aku antara suspek nye..
cuti smggu..
bahagia~

miss izan said...

amboiiiiiiiiii...
sedap la ye ko cuti panjang ;P

hidayatpurdiono said...

7 jer kes...bkn 61 ker....hahaha baru dia tau askar pon puban kebal..

Hasnul Azizi said...

to beliamuda>
haAh...
kO uTP kn....
cBeLah jer kaN....

to ~enon89~>
ko Laaa anTaRa pmBawak kuman tU eK...
ceiSss...
gRau jeK...

to miss izan>
xDeLaa seDap maNe pOn...
buT okLaa...

to hidayatpurdiono>
aLa beSe Laa tu tUan...
yG beRita UtUsan mEMuLa tU cM mNgaRut jEr...
reSuLt samPLe yg kiTe hanTar pOn x kuAr Lagi mSe Tu...
heBaHan Media yaNg hiPerboLa...

महामंत्री - तस्लीम said...

Nice Blog. Congrats.
-Zakir Ali ‘Rajnish’
{ Secretary-TSALIIM & SBAI }
[Editor- Children’s Poem & Adult’s Poem]