Cuti H1N1 - Part 1

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)


Berbaris selepas dimaklumkan cuti

Nampaknya sudah agak lama saya tidak update blog saya. Mungkin terlalu sibuk atau pun kekurangan idea untuk post entry. Seperti yang anda semua ketahui, mulai 22-28 hb Julai yang lepas, UPNM telah pun ditutup berikutan menularnya pandemik H1N1 di kampus UPNM dan MTD. Jadi kedua-dua pihak universiti dan MTD telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengarahkan kesemua pelajar yang masih sihat untuk pulang ke rumah masing-masing. Bagi yang dikuarantinkan, mereka perlu tinggal di dalam kampus dan hanya boleh pulang jika keluarga mereka ingin datang sendiri dan membawa mereka pulang ke rumah.


Harry Potter And The Half-Blood Prince

Semasa tempoh percutian, saya telah pulang ke kampung halaman saya iaitu di Ipoh, Perak. Disebabkan cuti kali ini adalah secara mengejut, jadi saya tidak sempat merancang apa-apa pun. Pada malam 22hb Julai iaitu sebelum pulang ke Ipoh, saya pergi menonton filem 'Harry Potter - Half Blood Prince' di Mid Valley bersama Hawa. Kemudian saya bermalam di bilik bekas rakan sekolah saya di UKM dan hanya pada keesokan harinya saya pulang ke Ipoh dengan menaiki bas.

TMNet Streamyx berkelajuan 1.0 Mbps

Aktiviti saya di rumah tidaklah begitu menarik untuk diceritakan. Rutin harian yang agak sama tetapi cukup untuk menenangkan jiwa saya. Bermula dengan bangun seawal 6.00 pagi dan kemudiannya mengikut Abah ke sekolahnya. Di sana kereta Abah bertukar tangan di mana saya pula memandunya pulang ke rumah. Sebelum tiba di rumah saya mengambil Umi yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Setelah sampai di rumah, saya membuka komputer riba dan memasang Streamyx. Upacara Torrent pun bermula dan pelbagai filem dan cerita yang dapat saya download dari Jiwang Torrent.


Jiwang Torrent : Sumber Media Malaysia
Antara filem dan media yang saya download semasa cuti ialah:

Harry.Potter-The.Half.Blood.Prince.TS.XVID-STG
Spontan Episod 08 & 09
Anugerah Planet Muzik 2009 (Live @ Astro Ria)
Ek Eleh Afdlin Episod 06, 07, & 08
Warkah Terakhir Episod 06, 07, & 08
Etc...

p/s : Saya akan post satu entry khas mengenai koleksi-koleksi media yang ada dalam komputer riba saya. Jangan lupa untuk ikutinya nanti.
Apabila jam tepat menunjukkan pukul 1.00 tengah hari, saya terus bergegas ke sekolah adik saya yang juga merupakan bekas sekolah saya hanya untuk selama beberapa bulan sebelum berpindah ke SMK(A) Kerian, Perak. Setelah selesai mengambil dia, saya terus pulang ke rumah bagi menjamu hidangan makan tengah hari yang dimasak oleh Umi.


Membeli-belah di Tesco Ipoh bersama keluarga


Ikan yang kelihatan begitu segar

Begitulah seterusnya aktiviti harian saya selama lebih kurang 4 hari saya berada di rumah. Aktiviti pada waktu malam kebanyakannya bersama keluarga sama ada di rumah atau keluar makan di bandar Ipoh. Saya mengambil tiket PlusLiner ke KL pada 26 hb Julai Jam 0830 H. Saya sampai di Stesen KTM KL pada Jam 1140 H. Seterusnya saya meneruskan cuti saya bersama Hawa. Nak tahu apa yang kami lakukan bersama..??

Ikuti sambungannya di Part 2....


Hasnul Azizi

3 comments:

izansalleh® said...

cepat hasnullll...
update cter pi zoo ;P
hehehhe

-->pandai eh ko masak ;)

annur razali said...

oh bemesra ja kija, ahah

Hasnul Azizi said...

to miss izan>
ok2... nNt aKu upDate eK...

-->bLe mase puLak aKu cKp yg aKu pnDai masaK...???

to annur razali>
haHa... iTu suDah mnJaDi keWajiPan...
naPe, JeLes Ke...

---> soMBonk ek sKang... buZz yM x bLas poN...