Cuti H1N1 - Part 2

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)


Sekali lagi saya minta maaf di atas kegagalan saya meng'update' blog saya seperti yang telah saya janjikan. Sebagai melangsaikan hutang saya, saya akan tetap post mengenai aktiviti semasa cuti H1N1 yang lepas walaupun ianya sudah lebih sebulan berlalu.

Kenangan kami bersama

Sebenarnya selepas pulang semula ke bandaraya Kuala Lumpur, saya telah pun berjumpa dengan Hawa dan kami telah pun pergi ke Zoo Negara bersama-sama. Sebelum itu, saya sebenarnya tidak tahu pun bagaimana hendak ke sana menggunakan kenderaan awam. Lalu saya menghubungi saudara Ahmad Syazwan yang merupakan pakar mengenai jalan di sekitar Kuala Lumpur. Setelah mendapat panduan dari beliau, kami bergegas pergi ke Stesen KTM UKM bagi menaiki tren ke Stesen Bandar Tasik Selatan. Kemudian kami menukar haluan dengan menaiki RapidKL dari Stesen Bandar Tasik Selatan ke Masjid Jamek. Di sana kami turun dan terus pergi ke stesen Putra RapidKL dan menaiki tren ke Wangsa Maju. Akhirnya kami sampai ke Zoo Negara dengan menaiki teksi dari Stesen Wangsa Maju.

Semasa kami ingin membeli tiket masuk, kami berasa amat bertuah untuk melihat ada rakaman rancangan yang melibatkan Mazlan Pet-Pet (Senario). Kami begitu asyik mendengar bunyi siulan yang unik oleh saudara Mazlan sendiri. Pada hari minggu, tiket masuk ke Zoo Negara berharga RM 15.00 bagi orang dewasa. Di bawah saya sertakan kenangan kami melawati Zoo Negara pada hari tersebut.

Gajah Asia

Kerbau

Zirafah Yang Amat Tinggi

Kura-kura Gergasi

Burung Kenyalang

Badak Sumbu yang hampir pupus

Flamingo dan pelbagai jenis burung

Hawa di kawasan kolam

Saya di kawasan kolam

Begitulah kesudahannya dan mungkin terdapat pelbagai lagi aktiviti yang tidak sempat saya kongsi bersama anda semua. Jadi jika anda ingin ke Zoo Negara bolehlah pergi ke sana kerana tempatnya memang menarik untuk dilawati. Bersama-samalah kita menyokong industri pelancongan negara kita dengan melawat pelbagai tempat yang menarik di Malaysia.

Sekian, semoga berjumpa lagi.

Hasnul Azizi

10 comments:

izansalleh® said...

wahhh...
best2...
aku nak ajak la sesape g ;)

Hasnul Azizi said...

haHa...

aJk Laa si aKif tue...

p/s: soRy aKif kaLu ko bCe koMen neh... haHa...

annur razali said...

saya memang dari dulu berpendapat zoo negara tempat terbaik, haha, saya nak date kat sana juga nanti, tapi perlu cari pasangan dulu, haha, ;p

Anonymous said...

kadang2 pergi zoo, best jugakk kan?
;)

Hana Fikri said...

best gak ek g zoo..
tapi..
fik xnak pon ajak aku g sane jumpe kawan2 lame dia..
hehehheeh...
kim slam kat cik awe ek..

Unknown said...

salam ramadhan...

cumil awek mu..hehe

biler nak tawen ni...hehe

PeErA said...

lor,,peera igtkn nk cter sal HINI,,psl zoo rupenye,,best jgk zoo neh,,peera dh p,,tp bru je skli,,kecian kn,,hehehe

Hasnul Azizi said...

to annur razali>
aiT... naPe nK caRi pLak...
toYu pe cEr...
do I miss aNytHing...???

to dobot>
haHa... siLa Laa peGi...

to haNNa dOnuT>
haaH... kWan Lme kO pon aKu aDe jmPe kT cTu...
ciAp kem sLam Lg kat kO haNNa...

to POSH76>
yuP... manG cuMiL...
nNt2 Laa... smPai mSe kaWenLaa...

to PeErA>
kecian Laa juGak...
haHa...

awa said...

thanks syg..so happy being with u

Unknown said...

u guys r so sweet together!jage hawa tu elok2 ye..tenang ati ni tgk..hehhe...gudlak xm!