Filem : Delhi 6 a.k.a. Dilli 6

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)



Kali ini saya ingin kongsi dengan para pembaca sekalian sedikit review atau ulasan yang dapat saya simpulkan selepas saya menonton filem ini. Filem ini bagi saya amatlah unik dan mungkin hanya segelintir orang sahaja yang akan meminatinya. Bahkan saya sendiri tidaklah begitu obses dengan filem ini tetapi ianya mampu menarik perhatian saya untuk membuat review di blog saya ini. Di bawah anda dapat lihat serba sedikit maklumat atau informasi mengenai filem ini.

Tajuk : Delhi 6 a.k.a Dilli 6

Pengarah: Rakesh Omprakash Mehra
Pelakon: Abhishek Bachchan, Sonam Kapoor, Waheeda Rahman, Om Puri, Rishi Kapoor, Divya Dutta, Prem Chopra, Atul Kulkarni, Deepak Dobriyal, Cyrus Sahukar, Amitabh Bachchan
Genre: Komedi, Drama
Masa : 136 minit
Bahasa: Hindi, Inggeris


Sinopsis Filem

Filem ini dimulakan dengan konflik keluarga di mana nenek kepada Roshan yang ingin menamatkan riwayat hidupnya di tanah air tercinta, Delhi. Kedua-dua anak dan menantunya membangkang keputusannya tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kehendak beliau. Jadi Roshan pergi menemani neneknya kembali ke tanah air India dan begitu teruja dengan kehidupan di sana. Kemudian pelbagai perkara yang berlaku seperti kemunculan isu 'Black Monkey', cinta Roshan terhadap Bittu, dan rusuhan agama antara penduduk Delhi 6 yang sekian lama telah pun hidup aman damai aman damai tanpa sebarang gangguan. Semua masalah ini berlaku dan turut melibatkan Roshan dan neneknya. Ikuti bagaimana Roshan menangani masalah ini dan kesudahan filem ini yang bagi saya amat menarik untuk ditonton.

Isu Dalam Filem Delhi 6
  • Perbezaan agama
  • Keluarga
  • Cinta

Ulasan Dialog Filem

" In every speck shines His divine light. Look within yourself. He isn't far from you. Everyone has God's light within him. A speck of Him. If we look within... we will find Him "

  • Musuh dan penghalang paling kuat adalah diri kita sendiri
  • Kita haruslah berusaha mencari dan menyerlahkan kebaikan dalam diri kita
  • Kebaikan ada dalam diri setiap orang dan jika tidak kelihatan, ianya berada jauh dalam hati orang itu

" These are my people. Their virtues and goodness are mine. Their flaws are mine too "

  • Seburuk mana kaum atau bangsa kita, kita tetap salah satu daripada mereka
  • Jika baik kaum kita, maka baiklah imej kita
  • Manakala jika buruk kaum kita, buruk jugalah kita

Pengajaran

  • Sikap tuding jari terhadap orang lain tidak akan menyelesaikan masalah yang berlaku
  • Kita harus cuba menyumbang sesuatu dalam bangsa atau komuniti kita
  • Jangan kerana kepentingan sesetengah pihak, kita bergaduh sesama sendiri sehingga sanggup berbunuh- bunuhan
  • Laksanakan setiap tugas atau amanah yang telah diberikan dengan penuh integriti

p/s: Jika anda berminat, anda boleh download filem ini di Jiwang Torrent ataupun bagi yang berdekatan dengan saya bolehlah terus berjumpa dengan saya dan ambil sahaja. Komen anda amatlah dialu-alukan.

Hasnul Azizi

4 comments:

POSH76 said...

cam bess jer citer ni...dah lama tak tngk filem hindustan...hehe

Kapt Ir Dr said...

eh...ko pun ada acc jiwang torrent? hehe

Hasnul Azizi said...

to POSH76>
tenGokLaa... x ruGi pon...

to Kapt Ir Dr>
yuP... sLaLu sy donLod kt cTu aR...
terbaiKLaa cTer2 kt cTuh...

awa said...

burn yg ni skali leh?