Fantasy Premier League...???

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)


Adakah anda tahu mengenai Fantasy Premier League...??? Saya pasti ramai yang tahu mengenai permainan online yang saya kira agak popular di kalangan para peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) di tanah air kita. Selain Fantasy Premier League, terdapat juga beberapa lagi permainan online yang bercorak seakan-akan sama dengannya iaitu:

Permainan ini dimainkan dengan setiap pemain atau pengurus pasukan akan diberi sejumlah wang atau dana untuk kita membina sebuah pasukan untuk bertanding dalam EPL setiap minggu. Pemberian mata atau point bagi setiap minggu adalah berdasarkan prestasi atau pencapaian setiap pemain yang kita senaraikan dalam pasukan kita. Dan prestasi pemain dalam pasukan kita adalah bergantung sepenuhnya kepada prestasi sebenar pemain dalam EPL. Ini bermaksud para pengurus perlu peka dengan prestasi pemain pilihannya dan perlu menukar strategi atau susunan pasukannya sekiranya perlu.


 

Antara Liga Yang Popular Masa Kini....


Permainan ini amatlah menarik dan kita juga boleh mencipta liga kita sendiri antara pasukan yang bermain. Contohnya anda boleh mengumpulkan semua rakan-rakan anda dama ada di sekolah atau universiti bagi menyertai liga yang anda cipta. Setiap minggu, kedudukan atau mata akan sentiasa dikemaskini dan anda sendiri boleh lihat pencapaian anda sama ada baik atau tidak jika dibandingkan dengan rakan anda.


Untuk pengetahuan anda semua, bukan anda sahaja yang bermain permainan ini bahkan dari negara kita sahaja sudah mencapai ratusan ribu pengurus telah mendaftarkan diri mereka untuk bermain permainan ini. Malaysia telah menjadi negara ketiga terbanyak dari segi jumlah pengurus. Bagi saya ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia amat celik IT dan peka dengan perkembangan bola sepak luar negara. Kita seharusnya berterima kasih kepada kerajaan dan badan-badan yang bertanggungjawab bagi membolehkan kita semua menonton siaran langsung saluran sukan dari serata dunia. 


   

Liga Super & Liga Perdana Malaysia.. Apa Sudah Terjadi...???


Dalam keriuhan EPL yang semakin hari semakin bertambah peminat mereka, jangan kita lupakan arena bola sepak tempatan yang semakin hari semakin malap. Jumlah peminat bola sepak tempatan semakin lama semakin berkurangan dan yang saya risaukan  jika suatu hari nanti sudah tiada lagi rakyat Malaysia yang mahu menonton pertandingan bola sepak negara kita sendiri. Jadi kita perlu sedar dalam kesibukan kita meminati  bola sepak luar negara, jangan sekali kita lupakan perkembangan bola sepak tempatan dan pastikan anda akan terus menyokong pasukan atau negeri kegemaran anda .


Links:


Sila klik untuk view pasukan yang berada di bawah pengendalian saya. Sila komen untuk sebarang pendapat mahupun cadangan. Jika anda ingin menjemput saya menyertai liga anda, sila sertakan ID dan password pasukan anda di ruangan komen.


Hasnul Azizi

9 comments:

intanurulfateha said...

.uii game kah?
.reti maen gem saidina je ;p

Anonymous said...

wheethyfuth
rwbf

sayap_biru said...

Salam


Hamba telah pun menghasilkan Fantasy Malaysian Super League dan masih dalam Beta 1.0 dan juga sedang dipandu uji oleh Beta Tester yang dilantik. Tak open untuk public lagi tapi akan dibuka untuk MSL2010 kickoff mggu depan.



Link :http://fantasy.malaysiansuperleague.my/

Email:sayapbiru09@gmail.com
YM:poyolind

Anonymous said...

Just nak tambah2 info!

Kat Malaysia pun ada fantasy football.

pertandingan ni free xperlu bayar seposen pun utk
pendaftaran tp hadiah boleh tahan!



Antara fantasyfootball yg ada kat malaysia


http://fantasy.sports.mylaunchpad.com.my/
-hadiah bulanan RM3500
-overall RM15000
-anjuran maxis malaysia
Tp dah ramai yg join ni,so change nak menang pun nasib2 la..



Paling Baru yg ni...


http://fantasyfootball.dominos.com.my/invite.php?id=139


-hadiah bulanan stock pizza setahun
-overall RM10k
-anjuran damino pizza
yg bestnya,ramai yg xtahu fantasyfootball yg ni n yg join rata2 baru
nak cuba2..kira dorang ni sayur jer

dlm fantasy dominos ni gua ada buat liga ..We All Hate MUFC...(hahaha)


Note ! Utk yg berminat dpt info lain leh email gua n subject dlm email
sbg "Malaysia Fantasy Football"

Chelsea! Chelsea !!! Chelsea!!!

Anonymous said...

FAM sepatutnya pun buat lah fantasy football

ada gak la usaha nak tarik minat org kita tgk Liga kita balik

Anonymous said...

Ops! Jgn lupa eh


http://fantasyfootball.dominos.com.my/invite.php?id=139

Anonymous said...

It was many years ago we first selected Top Restaurants in the U.S. See it.

Anonymous said...

http://insuranceinstates.com/texas/San%20Antonio/Romeo%20Trevino%20-%20Allstate%20Insurance%20Agent/78214/

Anonymous said...

Przeczytaj caly blog jest bardzo dobry