Semester Baru, Tahun Baru, Harapan Baru, Azam Baru....

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)



10 jari disusun dan seribu kemaafan saya pinta kepada anda semua kerana sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Kepada yang masih setia menanti post terbaru dari saya, ribuan terima kasih saya ucapkan. Kini saya kembali lagi dan semoga kali ini saya akan lebih istiqamah dalam bidang penulisan blog ini.

Semester Baru

Seperti biasa, bermulanya semester baru pasti diiringi dengan cita-cita atau azam yang baru. Ianya berikutan prestasi yang dicatatkan pada semester sebelumnya. Sama ada ianya elok atau tidak, "Tepuk dada, tanyalah selera". Purata Nilai Gred (PNG) yang telah saya catatkan bagi semester 3 tidaklah seberapa. Pastinya saya perlu lebih meningkatkan lagi usaha bagi memastikan saya dapat menerima segulung ijazah yang berkualiti suatu hari nanti. Semester yang lepas saya telah berjaya melangsaikan hutang kredit sebanyak 3 kredit. Pada semester ini saya perlu menyelesaikan lagi 3 kredit untuk membolehkan saya menjalani Program Latihan Industri atau dengan nama lain praktikal mulai bulan Julai 2010.
Di bawah saya sertakan senarai subjek yang saya ambil bagi semester 4 ini:
  • BASIC OF ENTREPRENEURSHIP
  • OBJECT-ORIENTED PROGRAMMING
  • OPERATIONAL RESEARCH
  • OPERATING SYSTEM
  • COMPUTER GRAPHIC & MULTIMEDIA
  • SOFTWARE ENGINEERING
  • CRYPTOGRAPHY
  • ETHICAL HACKER
Jadi, kesimpulannya jumlah kredit yang saya ambil pada semester ini sahaja ialah sebanyak 23 kredit tidak termasuk kredit untuk Latihan Ketenteraan Umum (LKU). Doakanlah kejayaan saya pada semester ini untuk menempuh alam penuh dengan kerja kursus dan projek yang seakan-akan Projek Sarjana Muda (PSM).

Tahun Baru



Saya rasa masih lagi belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 kepada semua bloggers dan reader yang sudi singgah di blog saya yang tidak seberapa ini. Tahun 2010 saya harap dapat memberi pelbagai kesan positif dalam proses kita belajar menghadapi kehidupan seharian.

Harapan Baru, Azam Baru

Seperti biasalah, asal datang sahaja tahun baru tak habis-habis orang sebut tentang azam baru. Ianya sudah menjadi "trend" atau norma masyarakat pada masa kini. Sedangkan azam sepatutnya bukan kita lakukan setahun sekali. Sepatutnya setiap malam sebelum kita tidur kita perlu muhasabah diri kita sendiri mengenai perlakuan atau apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita.

Ingin saya petik bait lagu dari sebuah lagu nasyid yang berjudul Menuju Wawasan yang pernah didendangkan oleh kumpulan Suara Firdaus. Cuba hayati setiap mesej yang cuba diterapkan dalam setiap bait lirik lagu tersebut yang mengungkit kembali kegemilangan zaman pemerintahan para khalifah suatu masa dahulu. Jika ingin dibandingkan dengan sistem pemerintahan zaman sekarang saya rasa umpama langit dengan bumi. Tetapi pada pendapat saya, walau bagaimanapun sistem pemerintahan dijalankan, selagi ianya masih mengikuti asas-asas Islam dan tidak melampauinya sudah cukup baik.

Suara Firdaus - Menuju Wawasan

Umat Islam Harus Cemerlang
Hari Ini Mesti Lebih Baik
Dari Semalam


Jangan Buang Masa
Siapa Kata Kita Tidak Boleh
Kita Ada Allah Maha Kuasa
Kita Punya Kuasa Tenaga
Doa Sebagai Senjata
Umat Islam Sentiasa Boleh

Umat Islam Zaman Lampau
Taat Perintah Rasulullah
Bersama Berusaha
Bersatu Tuju Wawasan
Dunia Dan Akhirat
Wawasan Dunia Dan Akhirat
Akhirnya Islam Cemerlang Seluruh Dunia

Wawasan Diri
Penuhi Dada Dengan Ilmu
Wawasan Agama
Bekalan Masa Depan Dan Akhirat
Kuat Usaha Jujur Dan Amanah
Sentiasa Berharap Keredhaan Allah

Aqidah Ibadah Harus Sempurna
Ibadah Tanpa Aqidah Wawasan Syaitan
Ulama' Warisan 'Anbiya
Pegangan Mereka Harus Diikut
Ajaran Sesat Wajib Hindari
Nampaknya sudah panjang berjela saya menaip artikel kali ini. Baisalah, sudah hampir 2 bulan saya tidak post artikel di sini. Jadi maafkan saya sekali lagi jika saya ada tersalah kata atau tulis yang mungkin menyebabkan sesetengah pihak terasa atau marah. Bersama-samalah kita membantu Malaysia dalam mencapai aspirasi Perdana Menteri kita yang baru iaitu konsep 1Malaysia. Akan saya cuba rangkumkan serba sedikit mengenai 1Malaysia dalam post saya yang berikutnya.

Jadi sekian sahaja buat kali ini. Wassalam.

Hasnul Azizi

No comments: