My First Car...

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Alhamdulillah, tidak lama lagi sesi Latihan Industri yang sedang saya jalani akan berakhir. Semoga dengan berakhirnya sesi Latihan Industri kali ini, pelbagai perkara baik yang dapat saya pelajari dan aplikasikan semasa dalam sesi latihan berikutnya di UPNM nanti.

Ingin saya bercerita tentang kenderaan. Kenderaan merupakan satu keperluan dan amat penting apabila berada di dalam dunia pekerjaan. Tanpa kenderaan, kita umpama orang buta yang kehilangan tongkatnya. Saya pernah pergi ke tempat kerja dengan hanya menaiki LRT sahaja setiap hari tetapi setelah sebulan, saya mula sedari bahawa kos yang diperlukan adalah amat tinggi. Berikut perkiraan kos perjalanan saya menaiki RapidKL LRT dari Stesen Bdr. Tasek Selatan ke LRT Damai:
LRT BTS > LRT Masjid Jamek : RM 1.70
LRT Masjid Jamek > LRT Damai : RM 1.60
___________________________________________________
Jumlah (Pergi Balik) : RM 3.30 x 2 >> RM 6.60 sehari...
___________________________________________________

Jika didarabkan dengan 5 hari bekerja seminggu, dalam sebulan kosnya adalah seperti berikut:

(RM 6.60 x 5) x 4 minggu >> RM 132.00 sebulan...*

*Itupun jika saya tidak menaiki teksi dari LRT BTS >> Rumah & LRT Damai >> MinDEF
Jadi ingin dijadikan cerita, untuk memudahkan pergerakan ke sana sini, saya telah mengambil inisiatif untuk mencari kenderaan alternatif. Dan pilihan saya adalah kereta sendiri. Itu adalah yang terbaik. Jadi mulalah sesi pencarian kenderaan dan maka saya pun berjumpalah dengan Savvy biru. Saya tidak ingin berkongsi mengenai harga tetapi hanya ingin berkongsi mengenai pengalaman memandunya.

Kos Bahan Api Kereta >> RM 30.00 seminggu
Sebulan >> RM 120.00...

Dibahagikan pula dengan beberapa penumpang : RM 40.00 sebulan...
Perjalanan pergi merupakan cabaran pertama saya. Jika saya bertolak dari Sg. Besi seawal 6.40 pagi, maka saya akan sampai di pejabat dalam 7.00 pagi. Hanya 20 minit diperlukan untuk sampai. Tetapi jika saya bertolak pada 7.00 pagi, maka saya akan sampai pada 7.45 pagi atau lebih lambat. Ianya bergantung kepada kadar kesesakan jalan raya.

Jalan Tun Abd. Razak

Tidak kurang hebatnya juga perjalanan pulang dari pejabat. Biasanya saya akan bertolak dari pejabat lebih kurang jam 5.15 petang. Jika saya mengikut Jalan Tun Abdul Razak, perjalanan pulang saya akan mengambil masa selama 1 jam setengah. Jika saya ikut Lebuhraya MRR2, perjalanan pulang saya hanya mengambil masa selama 30 minit.

Lebuhraya MRR2

Kini saya sudah mula berjinak-jinak dalam dunia kelab pemilik Savvy (SAVOC). Di dalam forum SAVOC saya mula bergiat aktif bagi mendapatkan info terkini mengenai harga alat ganti dan pelbagai pengetahuan yang tidak dapat dipelajari di luar. SAVOC merupakan antara komuniti pemilik kenderaan yang masih aktif jika nak dibandingkan dengan kelab-kelab lain. Jadi saya amat berbangga dengan penyertaan saya.

Savvy Owner Club (SAVOC)

Jadi hanya setakat ini sahaja apa yang saya ingin luahkan. Kepada yang sudi membaca, saya ucapkan ribuan terima kasih dan komen amatlah dialu-alukan. Sekian sahaja dari saya dan Savvy saya, semoga berjumpa lagi.



Hasnul Azizi

2 comments:

ngangkung said...

woww..hot la kete u..nak kenal boleh..

ejdeejasmi said...

sama la ngan kete saya...ehe..welcome to savoc club