posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)
Assalamualaikum semua. Nampaknya sesi akademik untuk semester ini bakal berakhir tidak lama lagi. Jadi diharap semuanya berjalan lancar dan segalanya berlaku seperti yang diharapkan. Baru pagi ini saya terbaca sebuah artikel yang direncanakan di portal Berita Harian Online iaitu mengenai ujian memandu menggunakan transmisi automatik. Saya pasti ramai yang suka dengan berita ini terutamanya kaum muda yang masih lagi belum mengambil ujian memandu kelas D.
Klik untuk berita mengenai Ujian Memandu Guna Transmisi Automatik.
Teringat kembali semasa menjalani sesi pembelajaran dan latihan memandu di salah sebuah pusat latihan memandu yang bertauliah di sekitar Ipoh. Pelbagai kenangan manis dan pahit yang terjadi dan tidak mungkin akan saya lupakan. Sejurus selepas pulang dari menjalani latihan Khidmat Negara di Kem Terkok, Sg. Siput (U), saya terus mendaftarkan diri untuk belajar memandu kereta dan motosikal. Malangnya untuk lesen kelas B2 sudah penuh pada minggu tersebut. Jadi saya terus mendaftar untuk lesen kelas D.
Minggu pertama kelas berjalan dengan lancar walaupun pernah sekali dua enjin kereta mati semasa berhenti di lampu isyarat yang berbukit. Saya rasa semua orang pernah mengalaminya bukan..?? Pernah juga sekali dua kereta yang saya naiki terasa seperti kuda yang berlari terhenjut-henjut. Kelakar juga apabila mengenangkan semula semua kenangan semasa mangambil lesen dahulu.
Setelah sampai di minggu yang terakhir, jurulatih memandu saya turut yakin saya mampu lulus dengan jayanya sehinggakan beliau boleh tertidur semasa saya memandu. Amat kelakar apabila terlihat orang yang selama ini selalu menegur dan sentiasa bersedia dengan kaki kanannya untuk menekan brek kecemasan di sebelah tempat duduknya boleh tertidur. Dia berkata saya sudah bersedia dan menyuruh saya menghafal laluan yang bakal diuji nanti.
Tiba pada hari ujian dengan pihak JPJ, ujian pertama merupakan ujian 'parking'. Amat mudah kerana sudah selalu dilakukan sebelum ini. Ujian kedua, ujian bukit. Rasa gementar pada mulanya tetapi setelah berjaya amatlah lega rasanya. Sampailah pada ujian ketiga iaitu ujian jalan raya. Amat gementar sehinggakan lupa untuk memakai tali pinggang keselamatan pada mulanya. Nasib baik pegawai penguji menegur saya. Jadi bermulalah sesi ujian jalan raya. Semuanya berjalan lancar sehinggalah tiba di suatu simpang yang memisahkan antara Laluan A dan Laluan C. Saya diberitahu untuk menggunakan Laluan C pada mulanya tetapi saya telah tersalah membelok ke Laluan A.
Terasa amat takut dan berdebar apabila sudah tersalah laluan. Satu persatu undang-undang jalan raya saya langgar. Membelok tanpa memberikan isyarat, memandu tanpa melihat cermin pandang tepi, dan yang paling teruk adalah membelok sehingga memakan jalan sebelah. Jadi setelah saya melakukan kesalahan-kesalahan tersebut, pegawai penguji itu memberikan isyarat untuk menukar pemandu. Ini bermakna saya telah gagal dalam unian tersebut.
Pengalaman seperti di atas mungkin tidak akan dapat dirasakan oleh orang yang mengambil lesen menggunakan transmisi automatik. Mereka tidak perlu lagi takut dengan bukit dan lampu isyarat. Dan jika ianya dilaksanakan, maka ujian bukit tidak lagi relevan kerana pemandu hanya perlu mengawal pedal minyak sahaja. Yang penting, tiada lagi igauan ngeri untuk menghadapi ujian memandu selepas ini.
Time (Malaysia)
Popular Posts
-
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) MALAM SINAR MAULIDUR RASUL 1430 H Pada 28 hb Februari 2009 akan diadakan satu konsert yang dinamakan Mal...
-
posted by Hasnul Azizi ( -nEtPoSt- ) Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang Suk...
-
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada 24 Januari yang lepas, saya telah diarahkan untuk menon...
-
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Pada 13 Jun 2009 bersamaan dengan semalam telah diadakan satu lagi acara tahunan buat UPNM iaitu Pertandi...
-
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Now only two paper left after facing three really-hard-subject for me. System Analysis & Design, Disc...
-
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) AnnuR RazaLi ( Noe ) Kali ini saya ditag sekali lagi tetapi yang berbeza adalah ianya 'silent tag...
-
Inilah post pertama untuk ‘ netsourceware.blogspot.com ’. Untuk makluman para pembaca, blog ini dibina untuk tatapan semua terutamanya membe...
-
posted by Hasnul Azizi ( -nEtPoSt- ) Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Selain dari sibuk mengemaskini blog ini, saya juga perlu m...
-
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Beli Power Bank Yang Original (Versi Pembeli) Contoh powerbank tiruan ...
-
posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-) Kali ini saya ingin tunaikan janji saya kepada beberapa orang yang telah pun tahu berkenaan situasi saya ...
No comments:
Post a Comment