SPAM...??? Tolonglaa....

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Minggu ini memang amat memeningkan. Lusa macam-macam yang perlu dibuat. Test subjek 'Ethics and Professional in ICT', kena buat projek final scrap book untuk subjek yang sama dan kena hantar assignment 'Numerical Methods'. Esok pulak kene pindahkan barang masuk ke bilik yang baru. Entah bila nak study dan bila nak buat assignment tu. Tapi yang amat menarik perhatian saya adalah projek scrap book yang saya kena buat adalah berkaitan dengan Jenayah Komputer ataupun 'Computer Crime'.

Tajuk ini amat saya suka untuk terangkan sebab saya adalah salah seorang mangsa jenayah komputer. Kenapa saya berkata sedemikian...?? Haa, ini yang saya nak terangkan...



Tentu anda semua pernah menghadapi situasi yang sama dan sudah sedia maklum mengenai SPAM. Perkataan SPAM memberi maksud e-mail yang diterima oleh seseorang dari sesiapa yang tidak diketahui atas tujuan mempromosikan produk atau link laman webnya. Link laman web yang selalunya dipromosi adalah link affiliate bagi menambah jumlah downline dan sekaligus menjadikan impian mereka selaku jutawan berhasil. Selalunya e-mail SPAM yang kita terima diasingkan dari e-mail yang lain. Tetapi tidak saya nafikan sesetengah e-mail SPAM dapat melepasi SPAM filter dan duduk sekali dengan e-mail kita yang lain.


Memanglah SPAM tidak memberikan apa-apa kesan yang negatif seperti virus, tetapi ianya mampu memeningkan kepala sesetengah orang yang menggunakan e-mail sebagai medium utama mereka dalam menjalankan urusniaga harian ataupun menghubungi rakan-rakan atau sahabat handai mereka.

Singkatan S.P.A.M...?? Apa maksudnya...

Adakah...
  • Simultaneously Posted Advertisement Messages
Ataupun...
  • Sales Promotional Advertising Mail
Rekaan semata-mata...
  1. Sudden Privacy Abandonment Method ( memang mengganggu privasi... )
  2. Someone's Poor Advertising Method ( pengiklanan secara murahan... )
  3. Self Promotional Advertising Messages
  4. Self Propelled Advertising Material
  5. Sending Particularly Annoying Messages
  6. Sending People Annoying Mail
  7. Sending Persistently Annoying Mail
  8. Specially Prepared Advertising Material
  9. Dan banyak lagi... Haha...

Saya bertambah terkejut ada sesetengah pihak menjadikan privasi kita semua sebagai sumber pendapatan mereka. Link laman web yang saya nyatakan saya dapati menerusi e-mail SPAM yang saya terima mempromosikan kegiatan mereka secara terang-terangan. Berikut merupakan screenshot laman web tersebut. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya sama ada betul atau tidak tindakan mereka.





Ini bermakna alamat e-mail anda hanya bernilai kurang dari RM 0.05 sahaja jika tersenarai antara 250,000 alamat e-mail yang mereka jual. Cuba anda bayangkan, betapa murahnya nilai privasi anda dan terdapat sesetengah pihak yang mendapat keuntungan dengan kegiatan seperti ini.


Jadi ingin saya perkatakan sekali lagi saya bukannya cuba mensabotaj perniagaan sesiapa pun. Saya hanya menyatakan soal ini melalui sudut pandangan saya. Bukan semua orang mengatakan bahawa SPAM menyusahkan mereka. Ada yang memandang semua itu sebagai peluang mereka untuk menjana pendapatan melalui internet. Tapi kita perlu ingat bahawa rezeki yang halal merupakan asas kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Jika rumah tangga kita menghadapi masalah, cuba kita kaji di mana silapnya. Mungkin ini merupakan salah satu faktornya. Renungkanlah...

Hasnul Azizi

6 comments:

nifi a.k.a beliamuda said...

spam.. kadang2 ada gak emel legal yang terlepas masuk ke spam..

Hasnul Azizi said...

to beliamuda>
memang Laa kDg2 fiLter tu saLah tafsir...
Tp jaRangLaa e-mail yang Legal msuk cTu...
sLalunya SPAM yang trLepas msuk inbox...

Anonymous said...

Aku hari2 moderate satu forum ni spam asyik je masuk, forum tu dah gile nyer secure pun diorang dapat hack gak. Ntah ape2 masuk. Paling tak leh blah iklankan budak bawah umur. Aku moderator ape lagi, delete besar-besaran spam2 yang menceroboh tue.

Pasal e-mail ni... aku dapati makin kerap ko wat akaun kat laman web mana2 guna alamat e-mail peluang kita nak dapat spam mail ke alamat kita tu lagi tinggi. So... heh, orang macam aku ni x leh diubat la sebab selalu "menjelajah" merata2, heh.

Hasnul Azizi said...

Ha ah... bToL tu...
aKu pon rJin gaK menjeLajah mRate2 tmPat...

tu yg bYk e-mel SPAM yg msuk...
jGn trPedaya nGan janJi2 mnis...
koNonnyE seGaLe maKlumat anDa adaLah diRahsiaKan...

so fiKir2kanLah...

IRIENA said...

thanx view me babe... yup... i do keep in touch with u

Unknown said...

spam mmg menyemakkan e-mail jer...hahahahaha!!!

kita patut buat kempen hapus spam!!!

hahahhaah!!!
*(^_^)*