Exam Time...!!!

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)


Cover album In-Voices... Mungkinkah...???


Nampaknya memang sudah lama saya tidak post artikel dalam blog saya. Ini berikutan pelbagai aktiviti universiti yang saya sertai terutamanya bersama kumpulan nasyid In-Voices. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut mengenai aktiviti In-Voices di lain hari. Pada hari ini saya lebih tertarik untuk post mengenai minggu peperiksaan akhir semester yang sedang saya tempuhi dan saya yakin hampir kesemua mahasiswa dan mahasiswi seluruh IPTA juga turut mengalami situasi yang sama.


Kali ini saya berharap agar dapat menaikkan lagi CGPA saya yang kini tidaklah begitu memberangsangkan. Setelah mengetahui 'carry mark' untuk beberapa subjek, saya amat berharap ada peningkatan yang mendadak dalam prestasi akademik saya. Saya tidak mahu ada pihak yang mengatakan penglibatan saya dalam nasyid mempengaruhi prestasi akademik saya. Bagi saya mentaliti itu perlu ditukar kerana banyak lagi faktor lain yang lebih berpengaruh berbanding nasyid yang hanya sekadar aktivit masa lapang saya.


Jadual Exam... 


Di sini saya sertakan jadual peperiksaan saya yang saya rasakan tidaklah terlalu rapat ruang di antara setiap subjek dan ini merupakan 'advantage' untuk saya mengulangkaji dengan lebih banyak bagi merealisasikan objektif saya bagi menaikkan CGPA saya yang terkini.


Bersempena dengan minggu peperiksaan yang kini sedang berlangsung, ingin saya kongsi beberapa tips untuk belajar dan bagi menghadapi peperiksaan yang saya petik dari laman web yang lain. Saya rasa masih lagi belum terlambat untuk saya kongsikan bersama anda semua. Jadi rajin-rajinkanlah diri anda untuk klik dan baca setiap tips yang dinyatakan.

Nampaknya post saya sudah sampai ke penghujungnya. Di sini saya ingin nasihatkan agar baca kesemua tips yang terkandung di pautan-pautan yang saya beri di atas dan cuba praktikkan. InsyaAllah akan berjaya jika dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan sabar.


SELAMAT MAJU JAYA...!!


  Ikhlas dari,                                  

Hasnul Azizi

7 comments:

beliamuda said...

betul tu..sume tgh demam exam.. aku start next week.. papepun, all the best~

Zatiesiska Abdul Rahman said...

uih hebatnye siap bg link tips exam

good luck ya

hidayatpurdiono said...

Hahaha MAu minta service tukang amik gambar Buat Cover n design AlBum Pon OK gak

Hasnul Azizi said...

to beliamuda:
yUp...
guD Luck 2 u Too...

to zatiesiska abdul rahman:
haHa...
beSeLaa...
ko beZ aR da aBes diPLoMa...
xNk samBung deGRee Ke...??

Hasnul Azizi said...

to hidayatpurdiono:
haHa...
mCm2Laa tn nie...

aLbum aPenYe...
saJe je wat gemPak...

reezyna said...

math ngn kepimpinan organisasi tu dlm satu hari?
huhu. .
gud luck ye~

Hasnul Azizi said...

to nur amina zainal:
maTh 2 dahLa paPer rePeat...
kNe sTadi gLer2 weH...

neWay tHanx....
guD Luck 2 u ToO...