Pilihanraya...??

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Assalamualaikum semua. Sesi Latihan Industri yang saya jalani telah pun selesai dengan jayanya. Selama tempoh hampir 6 bulan, saya telah pelajari pelbagai ilmu yang penting dalam menjamin kehidupan saya pada masa akan datang. InsyaAllah. Sekembalinya saya ke universiti bagi menjalani semester akhir, saya perlu menghabiskan baki jam kredit yang perlu diselesaikan. Semester ini, saya mengambil sebanyak 24 kredit keseluruhannya. Berikut merupakan pecahan jam kredit untuk semester ini:

Final Year Project - 6 kredit
Digital Forensic - 3 kredit
Network IDS - 3 kredit
Wireless Network - 3 kredit
Military Law - 2 kredit
Miltary Training - 2 kredit
Martial Arts (TTS) - 2 kredit

Jumlah = 24 kredit
Selepas habisnya sesi semester ini, saya telah dijadualkan untuk mengambil sijil Computer Hacking Forensic Investigator (CHFI) melalui EC-Council. Jika saya lulus dalam sijil ini, ianya merupakan satu bonus untuk saya mengharungi alam pekerjaan tak lama lagi.

PILIHANRAYA UMUM 201x...??


Baru-baru ini saya telah pun mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Anda bila lagi?? Untuk mendaftar sebagai pengundi, anda boleh mendaftar melalui kaunter-kaunter yang dibuka sekitar pasaraya tempat-tempat awam yang ada kaunter SPR. Selain itu, anda juga boleh mendaftar di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara. Anda hanya bawa kad pengenalan sahaja dan berikan butir-butir peribadi kepada kakitangan pejabat pos yang berurusan dengan anda.

Tempoh kerajaan sedia ada memerintah sudah semakin hampir tempoh matangnya. Jadi ini memberikan seribu persoalan mengenai bilakah Pilihan Raya Umum (PRU) yang seterusnya akan dilaksanakan..?? Mungkin tahun hadapan..?? 2013..?? 2014..?? Tiada siapa pun yang dapat memberi kepastian. Jadi bersedialah untuk menghadapi PRU yang ke-13 akan datang...

PILIHANRAYA KAMPUS


Baru-baru ini juga telah dijalankan Pilihan Raya Kampus bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru bagi sesi 2011/2012. Agak mengejutkan buat pertama kalinya berlaku konspirasi dalam ruang lingkup pilihan raya kampus di IPTA & IPTS negara kita. Seperti yang dapat kita lihat, terdapat kes-kes yang jarang sekali kita dengari iaitu berlakunya politik kotor dalam pilihan raya peringkat kampus. Antara yang paling gempar adalah di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Untuk berita lebih lanjut serta petikan akhbar mengenai pilihanraya kampus di UM, sila klik di sini....
Berlainan sungguh dengan suasana pilihan raya kampus di UPNM. Kempen diadakan secara sederhana sahaja dan tiada kempen-kempen jalanan diadakan apatah lagi rusuhan. Tidak mungkin akan berlaku di UPNM saya rasa. Hanya calon dari Pro-Aspirasi sahaja yang bertanding dan tiada calon dari Pro-Mahasiswa. Sesi pembuangan undi juga dijalankan dengan suasana yang sederhana seperti hari-hari biasa. Keputusan pemilihan MPP di UPNM setakat ini masih lagi belum saya ketahui sehingga hari ini.


Hasnul Azizi

No comments: