Selamat Bergraduat...!!

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Keratan Akhbar KOSMO...

Alhamdulillah, setelah hampir 4 tahun di UPNM akhirnya saya dianugerahkan segulung ijazah. Walaupun Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) saya tidaklah begitu memberansangkan, ianya cukup bermakna dan melambangkan apa yang saya usahakan selama ini. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Keselamatan Komputer). Walaupun sekadar Ijazah Kelas Kedua Rendah, ianya tetap amat berharga.

Bersama Abah dan Umi...

Terima Kasih Atas Dorongan... :-)

Pada tarikh 03 Oktober 2011, Istiadat Konvokesyen Ke-2 UPNM Sidang Kedua telah berjaya disempurnakan oleh Pro-Canselor UPNM. Berbeza jika dibandingkan dengan sesi Sidang Pertama yang disempurnakan oleh Canselor UPNM iaitu DYMM SPB Yang Dipertuan Agong sendiri pada 02 Oktober 2011 iaitu sehari sebelumnya.

Perjuangan Belum Berakhir...

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya selama ini terutamanya ibu bapa saya sendiri, para pensyarah, kekasih hati, serta rakan-rakan yang amat saya sayangi. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua. Terima kasih juga kepada penaja sepanjang pembelajaran saya di UPNM selama ini iaitu Kementerian Pertahanan. InsyaAllah akan saya taburkan bakti saya seikhlas mungkin semasa saya berkhidmat dalam pasukan TLDM tidak lama lagi.


Hasnul Azizi

No comments: