Filem : Geng - Pengembaraan Bermula...!!!

posted by Hasnul Azizi (-nEtPoSt-)

Tajuk : Geng - Pengembaraan Bermula
Durasi : 90 minit
Bajet : RM 4 juta
Terbitan : Les' Copaque Production
Tarikh Tayangan : 12 Februari 2009 ( Malaysia )
Rating -nEtPoSt- :
Mesti Tonton...!!!

Tentu anda semua pernah menonton rancangan kartun Upin & Ipin kan...?? Kalau anda sudah lupa anda boleh lihat sekali lagi post saya berkenaan Kartun Upin & Ipin di sini. Kali ini Les' Copaque Production Sdn Bhd sekali lagi tampil dengan terbitan terbaru mereka iaitu Geng : Pengembaraan Bermula. Setelah melepasi sesi pratonton dengan wakil pihak media dan pelbagai lagi pihak jemputan, secara keseluruhannya Geng : Pengembaraan Bermula mendapat maklumbalas yang amat baik.

SINOPSIS

Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.


TRAILER



INTERAKTIF


Jadi apa yang anda tunggu lagi. Bersama-samalah kita memenuhi panggung wayang untuk menonton filem kartun 3D yang pertama buatan Malaysia pada 12 Februari 2009 . Ingat, jangan sekali-kali menyokong industri cetak rompak kerana inilah yang bakal melumpuhkan industri perfileman tanah air kita. Sokonglah industri perfileman tanah air kita...!!


Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari

Hasnul Azizi

1 comment:

Papysnow said...

Yuki from lcp, thx for dropping by and the supports!!!^---------^